Kejohanan Remaja B-19 AFF 2018 merupakan edisi ke-16 Kejohanan Remaja B-19 AFF, sebuah kejohanan bola sepak remaja bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh ASEAN (AFF). Ia akan dihoskan oleh Indonesia pada 1 Julai hingga 14 Julai 2018. Sebelas daripada 12 persatuan anggota Persekutuan Bola Sepak ASEAN mengambil bahagian dalam kejohanan yang memaparkan dua kumpulan lima dan enam pasukan.
Semua dua belas ahli persatuan Persekutuan Bola Sepak ASEAN akan menghantar satu pasukan untuk penyertaan di kejohanan ini. Hanya Australia tidak menyertai kejohanan. Seramai 11 pasukan daripada 11 ahli persatuan menyertai kejohanan, yang disenaraikan di bawah:
Dua bandar telah di pilih untuk menjadi tempat perlawanan.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
Kumpulan-kumpulan tersebut ditentukan melalui pungutan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kekalahan). Jika terikat pada mata, pemecah seri digunakan dalam perintah yang berikut:
Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.
Pada akhir perlawanan separuh akhir antara Indonesia dan Malaysia semasa persiapan untuk penentuan penalti, stadium tiba-tiba menghadapi gangguan bekalan elektrik.[2] Perusahaan Listrik Negara (PLN) menjelaskan bahawa ia tidak disebabkan oleh pengagihan kuasa mereka kerana pengurusan stadium hanya menggunakan pengedaran PLN di luar stadium.[3] Apabila perlawanan itu disambung semula dan penentuan penalti berakhir dengan keputusan 3-2 mengecewakan tuan rumah, para penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati membuang botol dan batu kepada pasukan Malaysia selepas pasukan mereka gagal mara ke perlawanan akhir yang menyebabkan pasukan Malaysia terpaksa berlari ke bilik persalinan mereka untuk keselamatan.[4][5] Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) kemudian menghantar surat permintaan maaf kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menjanjikan insiden itu tidak akan berulang lagi dalam kejohanan masa depan sekiranya mereka tuan rumah.[6][7] Satu mesyuarat kemudian telah diadakan di antara Menteri Sukan Indonesia Imam Nahrawi [id] dan Menteri Sukan Malaysia Syed Saddiq sebagai tindak balas terhadap kejadian itu.[8]