Pentarikhan atau penentuan umur bahan-bahan yang dipetik dari rekod arkeologi boleh dilakukan dengan mengkaji artifak itu secara langsung, ataupun disimpulkan dengan perkaitan dengan bahan-bahan yang ditemui dalam konteks petikan bahan tersebut, atau disimpulkan mengikut titik penemuannya dalam urutan berkenaan dengan konteks-konteks yang boleh ditentu umurnya. Pentarikhan biasanya dilakukan selepas artifak digali keluar, tetapi demi mendukung amalan luhur, biasanya terdapat kerja pentarikhan awal yang serentak dengan penggalian iaitu "spot dating". Pentarikhan itu penting sekali dalam bidang kaji purba untuk membentuk gambaran zaman lampau kerana ia bersandarkan keutuhan benda-benda dan contoh-contoh yang boleh ditentu umur. Kerja pentarikhan didalami oleh pelbagai cabang ilmu sains arkeologi.
Kaedah-kaedah pentarikhan mutlak bersandarkan penggunaan ciri-ciri fizikal sesebuah benda atau contoh untuk menghitung umurnya. Contoh-contohnya:
Kaedah-kaedah relatif atau tidak langsung sering menggunakan perkaitan yang terbentuk daripada jasad pengetahuan kaji purba. Contohnya, penderetan. Walau bagaimanapun, kaedah relatif bersandarkan ikatan dengan pentarikhan mutlak dengan rujukan ke masa kini. Contohnya, dendrokronologi yang menggunakan proses mengikat kronologi kasar gelang pokok dengan merujuk silang bahan karya sedia ada.
Secara amali, sesetengah kes memerlukan penggunaan berbilang jenis teknik pentarikhan sekali gus, maka pentarikhan bukti untuk kebanyakan urutan arkeologi yang tercatat sewaktu penggalian memerlukan pemadanan maklumat dari kaedah-kaedah mutlak atau berkaitan dengan penelitian perhubungan stratigrafi.
A team from the University of Manchester and the University of Edinburgh has discovered a new technique which they call 'rehydroxylation dating' that can be used on fired clay ceramics like bricks, tile and pottery.