Piawaian waktu

Piawaian masa merupakan spesifikasi untuk menyukat masa, sama ada kadar peredaran masa (tempoh); mahupun titik-titik masa (waktu). Pada zaman moden, beberapa spesifikasi masa telah diiktiraf secara rasmi sebagai piawaian sedangkan dahulunya ia merupakan perihal adat resam dan amalan. Satu contoh piawaian masa merupakan sejenis piawaian masa yang menentukan kaedah menyukat bahagian-bahagian masa. Piawaian masa awam boleh menentukan tempoh dan waktu.

Sukatan masa terpiawai dilakukan dengan menggunakan jam untuk mengira tempoh suatu perubahan berkitar, sama ada perubahan pada fenomena alam ataupun jentera buatan manusia.

Mengikut sejarah, piawaian masa biasanya berasaskan tempoh putaran Bumi. Dari lewat abad ke-17 hingga awal abad ke-19, adalah dipercayai bahawa kadar putaran Bumi seharian adalah malar.[1] Pemerhatian astronomi pada rekod gerhana dan sebagainya yang dikaji pada abad ke-19 telah membangkitkan kesangsian bahawa kadar putaran Bumi beransur-ansur perlahan dan juga menunjukkan ketaksekataan kecil-kecilan; hal ini terbukti pada awal abad ke-20. Piawaian masa yang berasaskan putaran Bumi akhirnya diganti untuk kegunaan astronomi mulai tahun 1952 oleh piawaian masa efemeris yang berasaskan tempoh pengorbitan Bumi dan secara amalinya pada pergerakan Bulan. Penciptaan jam atom buatan sesium pada tahun 1955 telah menyebabkan digantinya piawaian masa lama yang sekadar berasaskan astronomi, oleh piawaian masa baru yang amat berasaskan waktu atom untuk tujuan-tujuan yang paling praktis.

Pelbagai jenis saat dan hari digunakan sebagai selang masa yang asas untuk kebanyakan skala masa ini. Lain-lain selang masa (minit, jam dan tahun) lazimnya ditakrifkan berasaskan saat dan hari.

Lihat juga


Rujukan

  1. ^ Sebelum zaman John Flamsteed, adalah dipercayai ramai bahawa putaran Bumi mengalami perubahan musim yang boleh dibandingkan besarnya dengan sesuatu yang kini dipanggil persamaan masa. Persamaan masa yang setepatnya berasaskan dua komponen utama ketaksekataan gerakan ketara Matahari, iaitu kesan kemiringan ekliptik serta kesan kesipian orbit Bumi ini tidak diterima umum hingga selepas jadual-jadual John Flamsteed pada tahun 1672/3 yang diterbitkan bersama edisi anumerta karya-karya Jeremiah Horrocks. Rujuk S Vince, "A Complete System of Astronomy", Edisi ke-2, Jilid 1, 1814, ms.49

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!