Waktu Atom Antarabangsa (TAI, sempena nama Perancis Temps atomique international[1]) merupakan piawaian waktu koordinat atomik berkepersisan tinggi yang berdasarkan peredaran nosional masa wajar pada geoid Bumi.[2] Ia merupakan asas untuk Waktu Universal Selaras (UTC) yang digunakan untuk penjagaan waktu awam di seluruh permukaan Bumi, dan juga Waktu Bumi yang digunakan untuk perhitungan astronomi. Semenjak 30 Jun 2012 apabila ditambahnya saat lompat yang terkini,[3] TAI berada genap 35 saat di hadapan UTC. 35 saat itu berpunca daripada beza asal 10 saat di awal tahun 1972 ditambah 25 saat lompat ke dalam UTC sejak 1972.
Koordinat waktu pada skala-skala TAI lazimnya ditakrifkan dengan menggunakan kaedah penakrifan masa secara tradisional yang diserap dari piawaian waktu tidak seragam yang berdasarkan putaran Bumi. Secara lebih terperincinya, kedua-dua takwim Julius dan Gregorius digunakan. TAI dalam bentuk ini disegerakkan dengan Waktu Universal Selaras pada permulaan 1958, tetapi kedua-dua waktu ini telah bercapah semenjak itu disebabkan perubahan dalam pergerakan Bumi.
Rujukan