Hospital Changkat Melintang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Perak, Malaysia. Ia terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Bota Kanan.
Hospital Changkat Melintang dilengkapi dengan 50 katil sebagai salah satu antara usaha kerajaan memastikan tahap kesihatan penduduk luar bandar berada terjaga. 2011
Hospital Changkat Melintang telah mula dibina pada tahun 1971 dengan keluasan kira-kira 8.4 hektar. Hospital Changkat Melintang telah dibuka secara rasmi pada 23 Febuari 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein. Hospital Changkat Melintang menawarkan perkhidmatan seperti rawatan untuk pesakit luar, klinik pakar, rawatan harian, farmasi, wad bersalin, rawatan kecemasan dan pelbagai lagi.
Selain itu, Hospital Changkat Melintang turut dilengkapi dengan kemudahan lain kepada pengunjung seperti surau, kantin, taman permainan kanak-kanak, telefon awam dan pelbagai lagi.
Selain perkhidmatan rawatan di Hospital Changkat Melintang, penduduk sekitar Bota Kanan juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan yang disediakan di Klinik Desa Bota Kanan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Pekan Bota Kanan.
Hospital Changkat Melintang turut menawarkan rawatan untuk penagih dadah iaitu Klinik Terapi Gantian Metadon bermula sejak 15 Jun 2011 sebagai bantuan kepada mereka yang ingin pulih dari penyalahgunaan dadah.[1]
Kini Hospital Changkat Melintang telah dipindahkan operasi pada 29 November 2024 sepenuhnya ke Hospital Seri Iskandar yang akan memberikan pelbagai kemudahan kesihatan yang menyeluruh kepada rakyat setempat, berserta dengan fasiliti moden dan komprehensif, dan meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan serta memenuhi keperluan rawatan pesakit dengan lebih efisien. [2]
Hospital Changkat Melintang berkemungkinan akan menjadi sebagai step-down ward dan Kementeran Kesihatan dalam proses untuk menilai potensi hospital ini untuk dijadikan pusat hemodialisis, terutamanya bagi pesakit-pesakit yang berhampiran[3]
Hospital Changkat Melintang 32900 Lambor Kanan Bota, Perak Malaysia No. Telefon: 05-3761333 No. Faks: 05-3761400
P054 Gerik N01 Pengkalan Hulu N02 Temenggor
P055 Lenggong N03 Kenering N04 Kota Tampan
P056 Larut N05 Selama N06 Kubu Gajah N07 Batu Kurau
P057 Parit Buntar N08 Titi Serong N09 Kuala Kurau
P058 Bagan Serai N10 Alor Pongsu N11 Gunong Semanggol N12 Selinsing
P059 Bukit Gantang N13 Kuala Sepetang N14 Changkat Jering N15 Trong
P060 Taiping N16 Kamunting N17 Pokok Assam N18 Aulong
P061 Padang Rengas N19 Chenderoh N20 Lubok Merbau
P062 Sungai Siput N21 Lintang N22 Jalong
P063 Tambun N23 Manjoi N24 Hulu Kinta
P064 Ipoh Timor N25 Canning N26 Tebing Tinggi N27 Pasir Pinji
P065 Ipoh Barat N28 Bercham N29 Kepayang N30 Buntong
P066 Batu Gajah N31 Jelapang N32 Menglembu N33 Tronoh
P067 Kuala Kangsar N34 Bukit Chandan N35 Manong
P068 Beruas N36 Pengkalan Baharu N37 Pantai Remis N38 Astaka
P069 Parit N39 Belanja N40 Bota
P070 Kampar N41 Malim Nawar N42 Keranji N43 Tualang Sekah
P071 Gopeng N44 Sungai Rapat N45 Simpang Pulai N46 Teja
P072 Tapah N47 Chenderiang N48 Ayer Kuning
P073 Pasir Salak N49 Sungai Manik N50 Kampong Gajah
P074 Lumut N51 Pasir Panjang N52 Pangkor
P075 Bagan Datuk N53 Rungkup N54 Hutan Melintang
P076 Teluk Intan N55 Pasir Bedamar N56 Changkat Jong
P077 Tanjong Malim N57 Sungkai N58 Slim N59 Behrang