Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan yang terjadi selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018 di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan juga kawasan sekitarnya di USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Kerusuhan ini berawal dari selisih paham antara pihak kuil dengan pihak pemohon iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut. Akibatnya, insiden kerusuhan ini mengakibatkan kerusakan harta benda dan kematian seorang anggota pemadam kebakaran, Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Kerusuhan ini telahmendapat perhatian umum serta liputan yang meluas di media massa Malaysia.[1]
|date=