Dalam falsafah Cina tradisional, fenomena alam boleh digolongkan dalam Wu Xing (Bahasa Cina: 五行code: zh is deprecated ; pinyin: wǔxíng), atau Lima Unsur, juga diterjemah menjadi lima fasa, lima gerakan atau lima langkah.
Aliran-aliran Taijiquan tradisional mengaitkan lima unsur ini dengan gerak kaki maka memanggilnya lima "langkah". Sistem ini masih digunakan sebagai rujukan dalam beberapa bentuk perubatan kontemporari dan alternatif dan seni mempertahankan diri.
Kitaran
Doktrin lima fasa menyebutkan dua Kitaran Keseimbangan, iaitu satu kitaran penghasilan (生code: zh is deprecated shēng dan satu kitaran pemusnahan (克code: zh is deprecated kè) mengenai interaksi sesama fasa.
Penghasilan
Kayu membuka Api;
Api meninggalkan Tanah (abu);
Tanah membawa Logam;
Logam mengumpul Air;
Air menyuap Kayu.
Pemusnahan
Kayu membelah Tanah;
Tanah menyerap Air;
Air memadam Api;
Api meleburkan Logam;
Logam memotong Kayu.
Terdapat juga dua Kitaran Ketidakseimbangan, iaitu kitaran tindakan melampau (cheng) dan kitaran penghinaan (wu).
Menurut teori Wu Xing, struktur kosmos mencerminkan lima unsur. Setiap "unsur" mempunyai kaitan-kaitan kompleks dengan berbagai-bagai aspek alam semulajadi, seperti yang dijelaskan dalam jadual berikutnya. Dalam bidang geomansi Cina tradisional yang dikenali sebagai Feng Shui, semua pengamalnya mendasarkan seni dan sistemnya pada Wu Xing. Kelima-lima elemen ini dilambangkan dalam Bagua. Turut dikaitkan dengan unsur-unsur ini termasuk warna, musim dan bentuk; semuanya juga berinteraksi sesama sendiri.[1]
Bergantung pada aliran tenaga berarah tertentu dari unsur ke unsur, interaksi itu bolehlah mengembang, memusnah, atau menghabis. Dengan pengetahuan tepat mengenai aspek aliran tenaga sebegini bolehlah seseorang pengamal Feng Shui menerapkan pemulihan atau penyusunan semula tenaga tertentu secara bermanfaat.
Mengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah). [2]
Jia 甲code: zh is deprecated Yi 乙code: zh is deprecated
Bing 丙code: zh is deprecated Ding 丁code: zh is deprecated
Wu 戊code: zh is deprecated Ji 己code: zh is deprecated
Geng 庚code: zh is deprecated Xin 辛code: zh is deprecated
Ren 壬code: zh is deprecated Gui 癸code: zh is deprecated
Tahun lahir berakhir dengan
4, 5
6, 7
8, 9
0, 1
2, 3
Contohnya, A labih pada tahun 1953, iaitu tahun Ular. Oleh sebab tahun lahir si A berakhir dengan angka 3, maka unsurnya ialah Air; oleh itu, si A lahir pada tahun Ular Air.