Feng shui

Feng shui
Kompas Feng Shui
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional風水
Tulisan Cina Ringkas风水
Maksud harfiahangin-air
Vietnamese name
VietnamesePhong thủy
Thai name
Thai[ฮวงจุ้ย (Huang Jui)] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Korean name
Hangul풍수
Hanja風水
Japanese name
Kanji風水
Hiraganaふうすい
Filipino name
Tagalogpungsoy

Feng shui (juga dieja - Mal.:fengsyui[1], Ind.: fengsui.[2]) (Cina Tradisional: 風水, Cina Ringkas: 风水, pinyin: fēng shuǐ; IPA: [ˈfəŋˌʃueɪ] <fung-syuéi>) ialah sistem estetika Cina kuno yang dipercayai menggunakan hukum-hukum samawi (astronomi) dan bumi (geografi) untuk membantu para penghuni sesebuah lokasi atau kediaman memperbaiki hidup secara menerima aliran qi positif.[3] Sebarang tapak yang dianggap penuh tuah ditentukan (bergantung kepada jenis ilmu yang diamalkan) melalui rujukan kepada ciri persekitaran setempat seperti jasad air (sungai, tasik dan sebagainya) mahupun arah ditunjukkan bintang atau pun kompas.

Nama asal ilmu ini ialah Kan Yu (Cina Tradisional: 堪輿, Cina Ringkas: 堪舆, pinyin: kānyú; harf. "Cara langit dan bumi")[4]. Perkataan 'feng shui' yang lebih diketahui umum secara harfiahnya diterjemah bermaksud "angin-air"; istilah ini dipetik dari satu rangkap dalam buku Zangshu (bahasa Cinaa.t , a.r , p Zàngshū) yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin:[5]

「氣乘風則散,界水則止」- qì chéngfēng zé sǎn, jiè shuǐ zé zhǐ

[Qi (udara) menaiki angin lalu menyerak, tetapi disimpan apabila ditemukan air.][5]

Ramai pengikut moden mengakui bahawa feng shui ialah amalan menyusun benda (seperti perabot) untuk membantu kita mencapai matlamat. Jika diikutkan secara lebih tradisi, feng shui adalah penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan pertanian.

Peralatan dan teknik awal

Cakera feng shui di stesen Metro LA Chinatown.

Sejarah feng shui wujud sejak lebih 3,500 tahun dahulu[6] sebelum terciptanya kompas magnetik. Asal-usulnya berakar-umbikan ilmu astronomi.[7] Sesetengah teknik terkini dikenal pasti berasal dari zaman Neolitik China,[8] sementara yang lain diperkenalkan lebih lanjut (terutamanya Dinasti-dinasti Han, Tang, Song, dan Ming).[9]

Sejarah astronomi Feng Shui terbukti melalui perkembangan peralatan dan jurus. Menurut catatan Zhouli, perkakas Feng Shui terawal mungkin sekali berbentuk gnomon. Masyarakat Cina memerhati bintang keliling kutub untuk menentukan paksi utara selatan bagi sesebuah penempatan. Teknik ini menerangkan sebab istana dinasti Shang di Xiaotun terletak 10° ke timur dari utara wajar. Adakalanya, seperti mengikut pemerhatian Paul Wheatley,[10] mereka membelah sudut antara arah matahari terbit dan terbenam untuk mencari arah utara. Teknik ini memastikan penyebarisan tembok-tembok istana Shang lebih terperinci di Yanshi dan Zhengzhou. Upacara penggunaan peralatan feng shui memerlukan peniliknya untuk mengkaji fenomena langit semasa untuk menyesuaikan peralatan dan mengubah kedudukan mengikut peralatan.[11]

Salah sejenis peralatan terawal pernah dipakai untuk tujuan feng shui termasuk astrolab liuren atau shi, yang terdiri daripada papan dwimuka bersampang yang ditandai garis nampak astronomi. Contoh-contoh terawal astrolab liuren telah digali keluar dari makam yang bertarikh antara 278 BCE dan 209 BCE. Di samping penilikan bagi Da Liu Ren[12], papan-papan ini sering digunakan untuk mencartakan pergerakan Taiyi melalui sembilan istana.[13] Penandaan pada liuren/shi dan kompas magnetik terawal amat seiras.[14]

Kompas magnetik dicipta untuk Feng Shui[15] dan masih dipakai kini. Peralatan Feng Shui tradisional terdiri daripada Luopan atau camca arah selatan (zhinan zhen), tetapi kompas biasa juga boleh dipakai. Pembaris Feng Shui juga digunakan.

Teori asas

Matlamat amalan feng shui masa kini adalah memilih lokasi persekitaran binaan manusia di kawasan yang qinya bagus, mengikut kedudukan dan paksi masa. Sesetengah kawasan kurang sesuai diduduki manusia, oleh itu harus dibiarkan kekal.

Qi (ch'i)

Perkataan qi agak sukar diterjemah, oleh itu selalu dibiarkan tanpa terjemahan. Dalam seni bela diri, qi bermaksud tenaga batin atau zahir. Pemahaman qi dari segi Feng Shui merangkumi orientasi sesebuah struktur, usianya, dan interaksi dengan persekitaran termasuk mikroiklim setempat, kecerunan tanah, tumbuh-tumbuhan, dan mutu tanih.

Menurut penyelidik bernama Stephen L. Field, salah satu kegunaan Luopan ialah mengesan aliran qi. Field memandang feng shui sebagai suatu bentuk penilikan yang mengkaji mutu persekitaran setempat dan kesan cuaca angkasa, lalu mencipta istilah qimancy bagi konsep ini.[16]

Profesor Max Knoll meluahkan pandangannya ketika berkuliah pada tahun 1951, bahawa qi ialah suatu bentuk sinaran suria.[17] Kompas mencerminkan kegeomagnetan setempat yang merangkumi arus teraruh geomagnet yang disebabkan cuaca angkasa.[18]

Kepercayaan dari Zaman Axial, termasuklah feng shui, menegaskan bahawa kehidupan di Bumi dipengaruhi angkasa. Nampaknya tidak masuk akal bagi ramai orang, tetapi cuaca angkasa memang wujud dan boleh membawa kesan mendalam kepada teknologi (GPS, grid kuasa, talian paip, sistem komunikasi dan pelayaran, sistem pemantauan), dan kemampuan penyesuaian diri dalam haiwan.[19][20][21] Adanya bukti bahawa kadar bunuh diri di Kirovsk, Rusia, naik turun mengikut medan geomagnet.[22] Saintis atmosfera pula berpendapat cuaca angkasa mempengaruhi perubahan pasaran saham.[23][24]

Mengikut tafsiran Zaman Baru mengenai Feng Shui, "qi" sering disamakan dengan "tenaga" (adakalanya kesanggupan dan inisiatif, lebih difahami sebagai "daya hidup").

Lima unsur utama (wu xing)

Penelitian feng shui sesuatu kawasan turut ditentukan beberapa unsur atau elemen alam yang dipecayai sebagai asas (wǔxíng)[25]:

  1. Kayu (Bahasa Cina: ; pinyin: mù): mewakili pertumbuhan dan daya kreatif, mendorong pertumbuhan pribadi dan meningkat rasa intuisi.
  2. Tanah (Bahasa Cina: ; pinyin: tǔ): membantu menumbuh dan menstabilkan. Unsur ini adalah yang paling damai, menenangkan, dan stabil.
  3. Logam (Bahasa Cina: ; pinyin: jīn): berhubungan dengan kekuatan mental dan ketajaman. Ia juga dipercayai mempengaruhi kecerdasan.
  4. Api (Bahasa Cina: ; pinyin: huǒ): merupakan unsur yang merubah dan mengembangkan. Ia merupakan unsur feng shui yang paling stabil.
  5. Air (Bahasa Cina: ; pinyin: shuǐ): bertindak sebagai unsur yang melepaskan dan membaharu. Unsur ini turut dikaitkan dengan kejelasan, relaksasi, inspirasi dan kerelaan diri.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "feng syui - 'Maklumat Kata'". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 7 Mac 2019.
  2. ^ "fengsui - KBBI Daring". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Dicapai pada 7 Mac 2019.
  3. ^ Marie, Tina (2007). "Feng Shui Facts". What is Feng Shui?. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "Baidu Baike". Huai Nan Zi. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ a b Field, Stephen L. "The Zhangshu, or Book of Burial". Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Aihe Wang. Cosmology and Political Culture in Early China. 2000:55
  7. ^ Feng Shi. Zhongguo zhaoqi xingxiangtu yanjiu. Zhiran kexueshi yanjiu, 2 (1990).
  8. ^ Aihe Wang. Cosmology and Political Culture in Early China. 2000:54-55
  9. ^ Cheng Jian Jun and Adriana Fernandes-Gonçalves. Chinese Feng Shui Compass: Step by Step Guide. 1998:21
  10. ^ The Pivot of the Four Quarters (1971:46)
  11. ^ Mark Edward Lewis (2006). The Construction of Space in Early China. p. 275
  12. ^ Marc Kalinowski (1996). "The Use of the Twenty-eight Xiu as a Day-Count in Early China." Chinese Science 13 (1996): 55–81.
  13. ^ Yin Difei. "Xi-Han Ruyinhou mu chutu de zhanpan he tianwen yiqi." Kaogu 1978.5, 338-43; Yan Dunjie, "Guanyu Xi-Han chuqi de shipan he zhanpan." Kaogu 1978.5, 334-37.
  14. ^ Marc Kalinowski. 'The Xingde Texts from Mawangdui.' Early China. 23-24 (1998-99):125-202.
  15. ^ Wallace H. Campbell. Earth Magnetism: A Guided Tour Through Magnetic Fields. Academic Press, 2001.
  16. ^ Stephen L. Field (1998). Qimancy: The Art and Science of Fengshui. Diarkibkan 2017-02-23 di Wayback Machine
  17. ^ Max Knoll. "Transformations of Science in Our Age." In Joseph Campbell (ed.). Man and Time. Princeton UP, 1957, 264-306.
  18. ^ Lui, A.T.Y., Y. Zheng, Y. Zhang, H. Rème, M.W. Dunlop, G. Gustafsson, S.B. Mende, C. Mouikis, and L.M. Kistler, Cluster observation of plasma flow reversal in the magnetotail during a substorm, Ann. Geophys., 24, 2005-2013, 2006
  19. ^ Moore, F. R. 1975. Influence of solar and geomagnetic stimuli on the migratory orientation of Herring Gull chicks. Auk 92:655-664.
  20. ^ Moore, F. R. 1977. Geomagnetic disturbance and the orientation of nocturnally migrating birds. Science 196:684-686.
  21. ^ Thomas Alerstam. Bird Migration Across a Strong Magnetic Anomaly. J. exp. Bml. 130, 63-86 (1987)
  22. ^ Catherine Brahic. Does the Earth's magnetic field cause suicides? New Scientist.com New Service, 24 April 2008
  23. ^ L.Pustil’nik, G. Yom Din, Influence of solar activity on the state of the wheat market in medieval England, Solar Physics. 223, 335–356, 2004.
  24. ^ L. Pustil’nik, G. Yom Din, Space climate manifestation in Earth prices – from Medieval England up to Modern U.S.A., Solar Physics, 224, 473–481, 2004.
  25. ^ Dwijaya, Dipo (2012). "Lima Elemen Feng Shui". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Bacaan lanjut

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!