World Baseball Classic (WBC) 2013 merupakan kejohanan besbol antarabangsa yang diadakan dari 2 Mac hingga 19 Mac 2013. Kejohanan ini merupakan edisi ketiga WBC selepas edisi tahun 2006 dan 2009.
Tidak seperti edisi-edisi WBC sebelumnya, yang terdiri daripada negara-negara yang sama untuk mengambil bahagian, kejohanan ini melibatkan pasukan-pasukan yang sekurang-kurangnya mencatatkan satu kemenangan di kejohanan WBC 2009.[1] Pasukan-pasukan yang layak secara automatik ialah Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Cuba, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Puerto Rico, Republik Dominika dan Venezuela. Empat pusingan kelayakan telah diadakan pada lewat tahun 2012 dan masing-masing telah dimenangi oleh pasukan Brazil, Kanada, Sepanyol dan Taiwan yang sekali gus mara ke kejohanan WBC (Brazil dan Sepanyol melakar kemunculan pertama mereka di kejohanan ini).
Tiga pasukan teratas daripada setiap peringkat kumpulan pada pusingan pertama kejohanan World Baseball Classic 2009 mengesahkan kelayakan secara automatik.
Sebanyak 12 pasukan teratas yang bertanding di kejohanan World Baseball Classic 2009 telah dijemput kembali untuk ke kejohanan 2013.[3] Pasukan Sepanyol, Kanada, Brazil dan Taipei Cina masing-masing telah memenangi kempen kelayakan mereka masing-masing.[4]
Nota: Nombor yang berada di dalam kurungan menandakan posisi pasukan berdasarkan WBSC World Rankings menjelang berlangsungnya kejohanan.[5]
^Aksi perlawanan asalnya dijadualkan berlangsung di Salt River Fields at Talking Stick, tetapi terpaksa bertukar lokasi akibat risiko cuaca yang buruk.