Pasukan besbol kebangsaan Taipei Cina (Cina tradisional : 中華臺北棒球代表隊 ; pinyin : Zhōnghuá Táiběi Bàngqiú Dàibiǎoduì ) mewakili Taiwan dalam kejohanan-kejohanan acara besbol di peringkat antarabangsa. Pasukan ini telah ditadbir urus oleh Persatuan Besbol Taipei Cina . Pasukan ini menduduki tangga keempat dalam kedudukan dunia oleh Konfederasi Sofbol Besbol Dunia . Pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain profesional yang beraksi di Liga Besbol Profesional China , Nippon Professional Baseball di Jepun serta Major League Baseball dan Minor League Baseball dari Amerika Syarikat.
Pada asalnya dikenali sebagai pasukan besbol Republik China (Cina tradisional : 中華民國棒球代表隊 ; pinyin : Zhōnghuá Mínguó Bàngqiú Dàibiǎo Duì ), pasukan ini telah mengubah nama kepada pasukan besbol Taipei Cina pada 1980-an.[ 1]
Pasukan ini telah menjuarai lima gelaran dalam Kejohanan Besbol Asia (yang terkini pada tahun 2019 ), meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 1984 dan pingat perak di Sukan Olimpik 1992 . Pasukan Taipei Cina juga pernah memenangi pingat emas di Sukan Asia 2006 dengan menewaskan Korea Selatan , Thailand , China , Filipina dan akhirnya musuh ketat, Jepun . Pasukan ini juga mencapai tempat kelapan dalam kejohanan World Baseball Classic 2013 serta meraih tempat kelima di kejohanan WBSC Premier12 2019 .
Rekod kejohanan
Pasukan Taipei Cina pada tahun 2013.
World Baseball Classic
Rekod World Baseball Classic
Rekod kelayakan
Tahun
Pusingan
Posisi
2006
Pusingan 1
Ke-12
1
2
15
19
Tiada kelayakan
2009
Pusingan 1
Ke-15
0
2
1
13
Tiada kelayakan
2013
Pusingan 2
Ke-8
2
3
17
25
3
0
35
0
2017
Pusingan 1
Ke-14
0
3
20
32
Layak secara automatik
2023
Pusingan 1
Ke-17
2
2
26
31
Layak secara automatik
Jumlah
Pusingan 2
5/5
5
12
79
120
3
0
35
0
Sukan Olimpik
Kejohanan lain
Kejohanan Besbol Asia
Emas: 1983 (bersama Jepun dan Korea Selatan) , 1987, 1989 (bersama Jepun dan Korea Selatan) , 2001, 2019
Perak: 1955, 1969, 1985 (bersama Korea Selatan) , 2003, 2005, 2009, 2012, 2015
Gangsa: 1959, 1962, 1963, 1965, 1967, 1971, 1973, 1975, 1993, 1995, 1997, 1999
Ke-4: 1954, 1975
Ke-5: 1971
Sukan Asia
Emas : 1990 (sukan pertunjukan) , 2006
Perak: 2002, 2010
Gangsa: 1994, 1998
Kontroversi nama
Pada tahun 1954, apabila pasukan ini mula-mula beraksi di Kejohanan Besbol Asia , ia telah mengambil bahagian di bawah nama United Team of Taiwan .[perlu rujukan ] Sejak pengusiran Republik China daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1971, pasukan besbol Republik China dipaksa menggunakan nama Taipei Cina di kejohanan antarabangsa akibat tekanan diplomatik oleh Republik Rakyat China menerusi Dasar Satu China . Di Taiwan, kedua-duanya dirujuk sebagai 中華隊 (hanyu pinyin : Zhōnghuá Duì; bermaksud pasukan China) atau 台灣隊 (hanyu pinyin : Táiwān Duì; bermaksud pasukan Taiwan).
Catatan
Pautan luar
1 Secara rasminya ia dikenali sebagai 'Republik China '; bertanding sebagai 'Taipei Cina'