Tenis di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 1 Ogos 2021 di Taman Tenis Ariake, Tokyo. Sebanyak lima acara dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran melibatkan 191 atlet dari 45 negara.
Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]
Pengenalan
Tenis mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Namun pada tahun 1928, tenis tidak dipertandingkan lagi. Pada tahun 1968 dan 1984, tenis kembali dipertandingkan namun sebagai sukan demonstrasi. Pada tahun 1988, tenis kembali dipertandingkan sebagai sukan tetap hingga kini. Sepanjang sukan ini dipertandingkan, terdapat sembilan acara pernah diadakan dengan lima daripadanya masih dipertandingkan.
Great Britain menjadi negara paling banyak meraih pingat dalam sukan ini dengan 43 pingat (17 emas, 14 perak dan 12 gangsa). Amerika Syarikat pula menjadi negara paling banyak meraih pingat emas iaitu sebanyak 21 pingat.[2]