Teluk Senangin merupakan salah satu tumpuan destinasi para pelancong ke Perak.
Kawasan pantai Teluk Senangin mempunyai pesisiran pantai yang lapang & pasir yang halus serta sesuai untuk aktiviti suka ria tepi pantai bersama anak-anak. Dari pantai Teluk Senangin, pengunjung boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh ditengah laut. Keistimewaan pantai perkelahan Teluk Senangin, Manjung, Perak mampu mencuri tumpuan pencinta alam yang inginkan suasana perkelahan santai lagi mendamaikan dengan keindahan pantai bercirikan desa.