Teluk Biscay

Gambar Satelit Teluk Biscay
Teluk Biscay Mudah bergelora disebabkan ia cetek

Teluk Biscay (Bahasa Sepanyol: Golfo de Vizcaya, Bahasa Perancis: Golfe de Gascogne, Bahasa Basque: Bizkaiko Golkoa) adalah sebuah teluk yang berhubung dengan Lautan Atlantik. Teluk ini terletak di pantai sebelah barat negeri Perancis, dan pantai bahagian utara negara Sepanyol. Teluk ini dinamakan sempena daerah Biscay di Sepanyol.

Bahagian selatan teluk ini dipanggil juga sebagai Laut Spanish Cantabrian mengambil sempena daerah Cantabria di Sepanyol. Orang-orang Rom Purba menamakan teluk ini dalam abad pertama sebelum Masihi sebagai Sinus Kantabrorum (Laut Cantabri). Teluk ini mempunyai kawasan kira-kira 86,000 batu persegi (223,000 km persegi) dengan paras dalam maksimum sedalam 15,525 ft (4,735 m).

Bahagian-bahagian pelantar benua menganjur jauh ke dalam Teluk Biscay, menyebabkan air yang agak cetek di kebanyakan tempat di teluk ini. Keadaan ini mengakibatkan keadaan laut yang amat bergelora apabila cuaca buruk.

Perang Dunia II

Teluk Biscay dipanggil Lembah Maut di kalangan anggota kapal selam Jerman mulai tahun 1943 kerana kejayaan oleh Tentera Udara Diraja British menguasai sepenuhnya ruang udara di Teluk Biscay. Kapal terbang Tentera Udara Diraja British menenggelamkan kapal selam Jerman hanya beberapa jam selepas kapal selam Jerman belayar keluar daripada pelabuhan mereka di Brest. Mengapa Luftwaffe tidak berupaya menafikan penguasaan udara kepada Tentera Udara Diraja British menjadi tanda tanya. Sekurang-kurangnya 65 buah kapal selam Jerman tenggelam di teluk ini.

Hidupan liar

Laluan feri dari Portsmouth ke Bilbao dan laluan Plymouth ke Santander memberikan pemandangan terbaik untuk melihat spesies (ikan paus, dolfin) di perairan Eropah. Sukarelawan dan petugas dari Program Penyelidikan Dolfin Biscay membuat pantauan dan pencerapan aktiviti setasea dari anjungan kapal P&O yang menggunakan laluan Portsmouth ke Bilbao. Banyak spesies ikan paus dan dolfin dapat dilihat di teluk ini. Teluk ini merupakan antara beberapa tempat di mana ikan paus berparuh (beaked whales) seperti ikan paus berparuh Cuvier. Tempat terbaik melihat spesies ikan paus yang besar adalah di kawasan laut dalam, khususnya di Ngarai Santander dan Ngarai Santander di bahagian selatan teluk ini.

Sungai

Sungai-sungai utama yang mengalir masuk ke Teuk Biscay adalah :

  • Perancis: Loire, Garonne, Dordogne, Adour.
  • Sepanyol: Bidasoa, Urola , Nervión, Nalón, Pas.

Petempatan

Bandar-bandar utama di pesisir Teluk Bisacay adalah :

Rujukan

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!