Pemandangan permukaan Lautan AtlantikPeta dunia model lima-lautan dengan sempadan anggaranLautan di dunia dilihat dari Kutub Selatan
Lautan (Jawi: لاوتنcode: ms is deprecated ) ialah jasad air yang sebahagian besar hidrosfera sesebuah planet.[1] Di Bumi, lautan ialah salah satu bahagian konvensional utama Lautan Dunia. Ia meliputi, dalam urutan menurun menurut wilayah, Pasifik, Atlantik, Hindi, Selatan (Antartika), dan Artik.[2][3] Frasa "lautan" atau "laut" yang digunakan tanpa spesifikasi merujuk pada badan air garam yang saling berhubungan yang meliputi sebahagian besar permukaan Bumi.[2][3] Sebagai istilah umum, "lautan" dibezakan dengan saiz berbanding "laut". Lebih tegas lagi, laut adalah jasad air (umumnya pembelahan lautan dunia) sebahagian atau sepenuhnya terkepung oleh darat.[4]
Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 derajat Lintang Selatan.
Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. (Perhitungan tersebut tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan, seperti Laut Kaspia).
Lautan global bumi
Pelbagai cara untuk membahagikan Lautan Dunia
Pembahagian lautan
1. Zon Epipelagik: permukaan - kedalaman 200 meter 2. Zon mesopelagik: 200 m - 1000 m 3. Zon batipelagik: 1000 m - 4000 m 4. Zon abisopelagik: 4000 m - 6000 m 5. Zon hadal (jurang): 6000 m ke dasar lautan
Walaupun umumnya digambarkan sebagai beberapa lautan yang terpisah, jasad air garam global yang saling berkaitan kadang-kadang disebut sebagai Lautan Dunia atau lautan global.[5][6] Konsep perairan yang bersambungan dengan pertukaran bebas di antara bahagian jasadnya sangat penting bagi oseanografi.[7]
Bahagian-bahagian lautan utama – disenaraikan di bawah mengikut urutan luas dan isi padu – ditentukan sebahagiannya oleh benua, pelbagai kepulauan, dan kriteria lain.[8][9][10]