Teluk Suez (Arab: خليج السويس, terjemahan: Khalīǧ as-Suwais) merupakan salah satu daripada dua teluk yang terletak di penghujung utara Laut Merah selain Teluk Aqaba. Dua teluk ini dipisahkan oleh Semenanjung Sinai. Teluk ini adalah pintu masuk Terusan Suez dari arah selatan (Laut Merah) dan bersambung hingga ke Laut Mediterranean. Sepanjang garis-tengah teluk ini, terletak sempadan antara benua Afrika dan Asia[1].
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar