Senarai anggota Negara-negara Komanwel

Negara-negara anggota Komanwel yang terkini (biru tua), anggota yang digantung terkini (hijau), bekas negara anggota (jingga), serta wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan mahkota (biru muda).

Negara-negara Komanwel ialah organisasi kesatuan sukarela yang terdiri daripada 52 buah negara berdaulat. Hampir kesemua negara tersebut merupakan bekas jajahan British atau wilayah tanggungan bagi jajahan itu.

Tiada pemerintahan dalam Komanwel yang mempunyai kuasa terhadap yang lain khususnya dalam hal kesatuan politik. Selain itu, Komanwel merupakan pertubuhan antarabangsa di mana negara-negara anggota mempunyai pelbagai latar belakang sosial, siasah dan ekonomi dianggap sama dalam hal status dan bekerjasama di dalam rangka kerja dengan nilai dan matlamat yang sama, seperti yang digariskan dalam Pengisytiharan Singapura yang dikeluarkan pada 1971.[1] Nilai-nilai dan matlamat-matlamat sepunya termasuklah demokrasi, hak asasi manusia, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, kebebasan individu, egalitarianisme, perdagangan bebas, hubungan berbilang hala dan keamanan dunia yang dibawa melalui projek dan perjumpaan pelbagai hala seperti Sukan Komanwel yang diadakan setiap empat tahun sekali.[2]

Simbol kesatuan bebas ini ialah Baginda Ratu Elizabeth II, yang berkhidmat sebagai Ketua Komanwel. Kedudukan ini bagaimanapun tidak memberikannya kekuasaan siasah atau eksekutif kepada mana-mana anggota Komanwel; kedudukan ini hanyalah simbolik manakala Setiausaha Agung Komanwel merupakan ketua eksekutif Komanwel.[3]

Komanwel secara rasmi dibentuk pada 1931 apabila Statut Westminster memberikan pengiktirafan undang-undang kepada kedaulatan dominion. Dikenali sebagai "Komanwel British", anggota-anggota asalnya ialah United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Ireland dan Newfoundland, walaupun Australia dan New Zealand tidak menerima pakai statut itu sehinggalah pada tahun 1942 dan 1947 masing-masing.[4] Pada 1949, Pengisytiharan London telah ditandatangani dan menandakan kelahiran Komanwel moden dan mengguna pakai namanya yang terkini.[5] Anggota terbaru kesatuan ini ialah Rwanda yang menyertainya pada 29 November 2009.[6] Negara anggota yang keluar paling terkini ialah Maldives yang memutuskan hubungannya dengan Komanwel pada 13 Oktober 2016.

Setakat April 2017, daripada negara anggota yang menyertai Negara-negara Komanwel, tiga negara adalah dari Eropah, 12 dari Amerika Utara dan Caribbean, satu di Amerika Selatan, 18 buah negara dari Afrika, tujuh di Asia dan sebelas dari Oceania. Terdapat lapan bekas negara anggota, empat daripadanya tidak wujud lagi sebagai entiti merdeka (tetapi membentuk sebahagian daripada negara anggota yang terkini). Negara-negara anggota Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 2.2 bilion, hampir satu pertiga daripada populasi dunia; 1.21 bilion tinggal di India dan 95% tinggal di benua Asia dan Afrika.[7]

Kini, enam belas negara anggota merupakan alam Komanwel, dengan Ketua Komanwel sebagai ketua negara. Lima negara yang lain mengamalkan pemerintahan beraja dan memiliki pemerintah monarki yang tersendiri (Brunei Darussalam, Lesotho, Malaysia, Swaziland, Tonga), dan selebihnya adalah negara republik. Republik Ireland (sejak 1949), Zimbabwe (2003), Gambia (2013) dan Maldives (2016) merupakan bekas negara anggota. Afrika Selatan dan Pakistan pernah meninggalkan pertubuhan kesatuan Komanwel dan kemudian menyertai semula.

Anggota terkini

Kesemua maklmuat jadual berdasarkan angka yang disediakan oleh senarai anggota Sekretariat Negara-negara Komanwel, kebanyakan angka jumlah penduduk adalah berdasarkan anggaran tahun 2007, kecuali dinyatakan sebaliknya.[8]

Negara Tarikh menyertai Benua Jumlah penduduk Catatan[A]
Afrika Selatan Afrika Selatan 11 Disember 1931 Afrika 54,956,900 Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 31 Mei 1910. Salah satu Dominion yang asal pada waktu Statut Westminster 1931. Telah keluar pada 31 Mei 1961; menyertai semula pada 1 Jun 1994.[9]
Antigua dan Barbuda Antigua dan Barbuda[F] 1 November 1981 Caribbean 86,295
Australia Australia[F] 11 Disember 1931 Australia 23,795,300 Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 1 Januari 1901. Australia ialah salah satu daripada dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931, walaupun statut tersebut tidak diterima guna di Australia sehinggalah tahun 1942 (dengan kesan retroaktif sejak 1939).[10] Akta Australia 1986 ditubuhkan secara khusus, hanya Perdana Menteri Negeri kini boleh menasihati Baginda Ratu mengenai pelantikan atau penyingkiran Gabenor Negeri. Walau bagaimanapun, Baginda Ratu masih boleh menjalankan mana-mana kuasa baginda berkenaan dengan Negeri jika baginda "secara peribadinya hadir" di Negeri itu.[ref 1]
Bahamas Bahamas[F] 10 Julai 1973 Caribbean 368,390
Bangladesh Bangladesh 18 April 1972[11] Asia 158,088,000 Mengisytiharkan kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.[12]
Barbados Barbados[F] 1966-11-3030 November 1966 Caribbean 285,000
Belize Belize[F] 1981-09-2121 September 1981 Amerika Utara 358,899
Botswana Botswana 1966-09-3030 September 1966 Afrika 2,024,904
Brunei Brunei Darussalam 1 Januari 1984 Asia 393,372
Cameroon Cameroon 1995-11-1313 November 1995[13] Afrika 21,143,237 Kebanyakan negara merupakan bekas wilayah mandat Cameroun Perancis (kemudian wilayah amanah PBB) dan memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada 1 Januari 1960, bersatu dengan bekas mandat/wilayah British Cameroon Selatan yang lebih kecil untuk mendapatkan kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Oktober 1961.
Cyprus Cyprus[G] 13 Mac 1961[14] Eurasia 858,000 Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom pada 16 Ogos 1960.
Dominika Dominika 1978-11-033 November 1978 Caribbean 71,293
Fiji Fiji[B] 1970-10-1010 Oktober 1970 Oceania 859,178 Telah keluar pada 1987; menyertai semula pada 1997; digantung pada 6 Jun 2000;[15] penggantungan ditarik balik pada 20 Disember 2001;[16] sekali lagi daigantung pada 8 Disember 2006 kerana rampasan kuasa.[17][18] Penggantungan ditarik balik pada 26 September 2014.
Ghana Ghana 1957-03-066 Mac 1957 Afrika 27,043,093
Grenada Grenada[F] 1974-02-077 Februari 1974 Caribbean 103,328
Guyana Guyana 1966-05-2626 Mei 1966 Amerika Selatan 746,900
India India 1947-08-1515 Ogos 1947 Asia 1,269,090,000 Digabungkan dengan bekas wilayah India Perancis (Chandannagar dari 2 Mei 1950 serta Puducherry, Karaikal, Yanam dan Mahé dari 1 November 1954), bekas India Portugis (Goa, Daman serta Diu dari 19 Disember 1961 dan Dadra dan Nagar Haveli secara rasmi dari 1961) dan Sikkim (dari 16 Mei 1975).
Jamaica Jamaika[F] 1962-08-066 Ogos 1962 Caribbean 2,717,991
Kanada Kanada[F] 11 Disember 1931 Amerika Utara 35,702,707 Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 1 Julai 1867. Kanada ialah negara pertama dalam kalangan beberapa Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931.[19] Digabungkan dengan Dominion asal yang lain, Newfoundland pada 31 Mac 1949.[20] Akta Kanada 1982 secara rasminya mengakhiri peruntukan "permintaan dan persetujuan" Statut Westminster 1931 berhubung dengan Kanada, di mana parlimen British mempunyai kuasa umum untuk meluluskan undang-undang yang meluas ke Kanada atas permintaannya sendiri.
Kenya Kenya 1963-12-1212 Disember 1963 Afrika 46,749,000
Kepulauan Solomon Kepulauan Solomon[F] 1978-07-077 Julai 1978 Oceania 581,344
Kiribati Kiribati 1979-07-1212 Julai 1979 Oceania 106,461
Lesotho Lesotho 1966-10-044 Oktober 1966 Afrika 2,120,000
Malawi Malawi 1964-07-066 Julai 1964 Afrika 16,310,431
Malaysia Malaysia 1957-08-3131 Ogos 1957[21][22] Asia 30,538,100 Menyertai sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957; dibentuk sebagai Malaysia pada 16 September 1963 dengan persekutuan bersama Singapura (menjadi negara berasingan pada 9 Ogos 1965), Borneo Utara, dan Sarawak.[23]
Malta Malta 1964-09-2121 September 1964 Eropah 425,384
Mauritius Mauritius 1968-03-1212 Mac 1968 Afrika 1,261,208
Mozambique Mozambique 1995-11-1313 November 1995[24] Afrika 25,727,911 Memperoleh kemerdekaan dari Portugal pada 26 Jun 1975. Negara pertama yang menyertai Komanwel dengan tanpa sebarang hubungan penjajahan atau perlembagaan dengan United Kingdom.[25]
Namibia Namibia 1990-03-2121 Mac 1990 Afrika 2,113,077 Memperoleh kemerdekaan dari Afrika Selatan.[26] Ia termasuklah Walvis Bay dan Kepulauan Penguin yang diserahkan oleh Afrika Selatan pada waktu tengah malam 28 Februari 1994.
Nauru Nauru[B] 1968-11-01†1 November 1968 Oceania 10,084 Memperoleh kemerdekaan pada 31 Januari 1968 dari peramanahan bersama Australia, New Zealand dan United Kingdom. Menjadi anggota khas dari 1 November 1968 hingga 1 Mei 1999, apabila ia menjadi anggota penuh,[27] sebelum kembali ke status khas pada bulan Januari 2006.[28] Menjadi anggota penuh semula sejak Jun 2011.[29]
New Zealand New Zealand[F] 1931-12-1111 Disember 1931 Oceania 4,572,100 Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 26 September 1907. Salah satu daripada Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931, walaupun statut itu tidak diterima guna di New Zealand sehinggalah tahun 1947.[30] Hubungan akhir dengan Parlimen British dihapuskan pada 1986.
Nigeria Nigeria 1960-10-011 Oktober 1960 Afrika 183,523,000 Digabungkan dengan bekas mandat/wilayah amanah Cameroon Utara British pada 31 Mei 1961. Telah digantung pada 1995, penggantungan ditarik balik pada 1999.[31]
Pakistan Pakistan 1947-08-1414 Ogos 1947[E] Asia 189,388,000 Termasuk bandar Gwadar, diserahkan dari Muscat dan Oman pada 8 September 1958. Termasuk Bangladesh (kemudian dikenali sebagai Pakistan Timur) sehingga1971.[12] Meninggalkan Komanwel pada 1972, menyertai semula pada 1989; digantung pada 1999, penggantungan ditarik balik pada 2004; sekali lagi digantung pada 2007,[32] penggantungan ditarik semula pada 2008.[33]
Papua New Guinea Papua New Guinea[F] 1975-09-1616 September 1975 Australia 7,398,500 Memperoleh kemerdekaan dari Australia.
Rwanda Rwanda 2009-11-2929 November 2009[6] Afrika 10,966,891 Memperoleh kemerdekaan dari Belgium pada 1 Julai 1962. Negara kedua (selepas Mozambique) yang memasuki Komanwel dengan tanpa sebarang hubungan penjajahan atau perlembagaan dengan United Kingdom.[25] Tidak seperti Mozambique, negara ini telah mengguna pakai bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sejak menyertai.
Saint Kitts dan Nevis Saint Kitts dan Nevis[B][F] 1983-09-1919 September 1983 Caribbean 55,000
Saint Lucia Saint Lucia[F] 1979-02-2222 Februari 1979 Caribbean 185,000
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine Saint Vincent dan Grenadines[F] 1979-10-2727 Oktober 1979 Caribbean 109,000 Anggota khas dari 27 Oktober 1979 sehingga 1 Jun 1985.
Samoa Samoa[B] 1970-08-2828 August 1970 Oceania 187,820 Memperoleh kemerdekaan dari New Zealand pada 1 Januari 1962. Menyertai sebagai Samoa Barat, Joined as Western Samoa, kemudiannya menukar nama kepada Samoa pada 4 Julai 1997.[34]
Seychelles Seychelles 1976-06-2929 June 1976 Afrika 89,949
Sierra Leone Sierra Leone 1961-04-2727 April 1961 Afrika 6,319,000
Singapura Singapura[B] 1965-10-15†9 Ogos 1966 (berkuat kuasa dari 9 Ogos 1965)[35] Asia 5,469,700 Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom dan menyertai persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Menjadi merdeka pada 9 Ogos 1965.[36]
Sri Lanka Sri Lanka 1948-02-044 Februari 1948 Asia 20,675,000 Menyertai sebagai Dominion Ceylon, kemudiannya menukar nama pada 1972. Menjadi negara republik pada 1972 dan memutuskan hubungan akhir dengan Britain.
Eswatini Swaziland 1968-09-066 September 1968 Afrika 1,119,375
Tanzania Tanzania 1961-12-099 Disember 1961 Afrika 47,421,786 Menyertai sebagai Tanganyika dan kemudiannya Zanzibar, yang akhirnya bergabung untuk membentuk Tanzania pada 26 April 1964.[37]
Tonga Tonga 1970-06-044 Jun 1970 Oceania 103,252
Trinidad dan Tobago Trinidad dan Tobago 1962-08-3131 August 1962 Caribbean 1,328,019
Tuvalu Tuvalu[B][F] 1978-10-011 Oktober 1978 Oceania 11,323 Anggota khas dari 1 Oktober 1978 sehingga 1 September 2000.[38]
Uganda Uganda 1962-10-099 Oktober 1962 Afrika 34,856,813
United Kingdom United Kingdom 1931-12-1111 December 1931 Eropah 64,511,000 Parlimen United Kingdom menggubal Statut Westminster 1931.
Vanuatu Vanuatu[B] 1980-07-3030 Julai 1980 Oceania 264,652 Memperoleh kemerdekaan dari pemerintah Perancis dan United Kingdom.
Zambia Zambia 1964-10-2424 Oktober 1964 Afrika 15,473,905

 A. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kemerdekaan diperoleh dari United Kingdom pada tarikh (ditunjukkan dalam lajur 2) menyertai Komanwel.
 B. Bukannya anggota Yayasan Komanwel.
 C. Angka jumlah penduduk berdasarkan pada anggaran tahun 2004.
 D. Angka jumlah penduduk berdasarkan pada anggaran tahun 2004.
 E. Walaupun Pakistan menyambut 14 Ogos 1947 sebagai hari kemerdekaannya, kemerdekaan rasmi diperoleh pada tengah malam 15 Ogos 1947. Jadi, tarikh menyertai Komanwel adalah 15 Ogos 1947.
 F. Alam Komanwel, mengiktiraf Baginda Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara sejak hari kemerdekaan mereka, dengan jelas kerana baginda merupakan pemerintah berdaulat United Kingdom.
 G. Secara geopolitiknya sebahagian dari Eropah, tetapi secara geografinya sebahagian dari Asia.

Bekas negara anggota

Negara Tarikh menyertai Benua Tarikh keluar Catatan
Gambia Gambia 1965-02-1818 Februari 1965 Afrika 2013-10-33 Oktober 2013 Menarik balik penyertaan pada 3 Oktober 2013 dengan alasan "penjajahan baru".[39][40] Adama Barrow, yang dipilih sebagai Presiden Gambia pada 2016, telah berjanji untuk membawa kembali negara ke dalam Komanwel.[41] Gambia secara rasminya telah menghantar pemohonan untuk menyertai semula Komanwel kepada Setiausaha Agung Patricia Scotland pada 22 Januari 2018.[42]
Republik Ireland Ireland 1931-12-1111 Disember 1931 Eropah 1949-04-1818 April 1949 Salah satu Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931.[20] Menarik diri selepas meluluskan Akta Republik Ireland pada 1949,[12] kerana negara republik tidak dibenarkan menjadi anggota pada ketika itu.[ref 2]
Maldives Maldives 1982-07-099 Julai 1982 Asia 2016-10-1313 Oktober 2016 Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom pada 26 Julai 1965.[43] Anggota khas dari 9 Julai 1982 sehingga 20 Julai 1985.[44] Diumumkan pada 13 Oktober 2016 bahawa negara itu menarik diri daripada Komanwel.[45][46]
Zimbabwe Zimbabwe 1980-10-011 Oktober 1980 Afrika 2003-12-077 Disember 2003 Digantung pada 19 Mac 2002.[16] Menarik diri secara sukarela pada 7 Disember 2003.[47]

Negara anggota terbubar

Negara Tarikh menyertai Benua Tarikh terbubar Menyertai semula sebagai sebahagian daripada Catatan
Persekutuan Tanah Melayu Tanah Melayu 1957-08-3131 Ogos 1957 Asia 1963-07-3131 Ogos 1963[22] Malaysia Malaysia Dibentuk semula sebagai Persekutuan Malaysia bersama dengan Singapura (menjadi anggota berasingan pada 1965), Sabah dan Sarawak.
Newfoundland 1931-12-1111 Disember 1931 Amerika Utara 1934-02-1631 Mac 1949 Kanada Kanada Salah satu Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931. Kerajaan digantung pada 16 Februari 1934, digabungkan ke dalam Kanada pada 31 Mac 1949.[20]
Tanganyika Tanganyika 1961-12-099 Disember 1961 Afrika 1964-04-2626 April 1964 Tanzania Tanzania Dua negara tersebut bergabung untuk membentuk Tanzania pada 26 April 1964.[37]
Zanzibar 1963-12-1010 Disember 1963

Negara yang ingin menjadi ahli

Negara Tarikh memohon Benua Jumlah penduduk Catatan
Somaliland Somaliland 2009[48] Afrika 3,500,000 Somaliland merupakan negara berdaulat yang mengisytiharkan diri dan tidak diiktiraf, diakui sebagai sebahagian daripada Somalia oleh masyarakat antarabangsa. Ia telah memohon untuk menyertai Komanwel dengan status pemerhati.[48] Sempadannya hampir sama dengan bekas wilayah Somaliland British, yang merupakan wilayah naungan British dari tahun 1884 hingga 1960.
Sudan Sudan 2009[49] Afrika 37,289,406 Sudan merupakan sebuah kondominium United Kingdom dan Mesir yang dikenali sebagai Sudan Inggeris–Mesir, tetapi dalam amalan, kondominium tersebut berada di bawah kuasa penuh British sehinggalah kemerdekaannya pada 1956. Sudan telah menyatakan minatnya untuk menyertai Komanwel.[50]
Sudan Selatan Sudan Selatan 2011[51] Afrika 8,260,490 Memperoleh kemerdekaan dari Britain sebagai sebahagian daripada Sudan pada tahun 1956. Mendapat kemerdekaan dari Sudan pada 2011.
Suriname Suriname[52] 2012 Amerika Selatan 560,157 Jajahan Inggeris Willoughbyland dari 1650 hingga 1667 dan dikawal oleh British dari 1799 hingga 1816, dan kemudiannya menjadi tanah jajahan Belanda. Pada 2012, Suriname mengumumkan rancangan untuk menyertai Komanwel[53] dan kerajaan British telah menjadikannya keutamaan untuk memberikan panduan kepada Suriname dalam pemohonan keanggotaan Komanwel.[54]

Negara-negara lain yang telah menunjukkan minat untuk menyertai Komanwel termasuklah Algeria, Kemboja, Madagascar, Palestin, dan Yaman.[55][56]

Rujukan

Catatan

  1. ^ Tiada peruntukan yang setara dengannya di Komanwel. Walau bagaimanapun, untuk kedua-dua Komanwel dan Negeri, konvensyen perlembagaan secara berkesan tidak termasuk Baginda Ratu dari kuasa pentadbiran dalam kerajaan. Pemasyhuran 19861986 adalah pengecualian, yang diluluskan oleh menteri-menteri Australia.
  2. ^ Lihat Pengisytiharan London.

Umum

  1. ^ "FAQs". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2008. Dicapai pada 16 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Singapore Declaration of Commonwealth Principles 1971". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2008. Dicapai pada 12 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Head of the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2006. Dicapai pada 16 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "The Commonwealth–History–Dominion Status". Negara-negara Komanwel. Dicapai pada 16 Jun 2008.
  5. ^ "The Commonwealth–History–Modern Commonwealth". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2008. Dicapai pada 16 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Josh Kron (29 November 2009). "Rwanda Joins British Commonwealth". The New York Times. Dicapai pada 29 November 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Geography and population - Area and population" (PDF). Negara-negara Komanwel. Julai 2013. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  8. ^ "Members". Sekretariat Komanwel. Dicapai pada 15 Februari 2008.
  9. ^ "South Africa". Sekretariat Komanwel. Dicapai pada 25 Januari 2016.
  10. ^ "Australia". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Kohen, Marcelo G. (2006). Secession. London: Cambridge University Press. m/s. 122. ISBN 978-0-521-84928-9.
  12. ^ a b c "Wind of Change". Negara-negara Komanwel. 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  13. ^ Pondi, Jean-Emmanuel (Oktober 1997). "Cameroon and the Commonwealth of Nations". The Round Table. 86 (344): 563–570. doi:10.1080/00358539708454389.
  14. ^ McIntyre, W. David (January 2000). "Britain and the creation of the Commonwealth Secretariat". Journal of Imperial and Commonwealth History. 28 (1): 135–158. doi:10.1080/03086530008583082.
  15. ^ Ingram, Derek (Julai 2000). "Commonwealth Update". The Round Table. 89 (355): 311–55. doi:10.1080/00358530050083406.
  16. ^ a b Ingram, Derek (April 2002). "Commonwealth Update". The Round Table. 91 (364): 131–59. doi:10.1080/00358530220144148.
  17. ^ Ingram, Derek; Soal, Judith (Februari 2007). "Commonwealth Update". The Round Table. 96 (388): 2–28. doi:10.1080/00358530701189734.
  18. ^ "Fiji suspended from the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 1 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April. Dicapai pada 11 April 2011. Check date values in: |archivedate= (bantuan)
  19. ^ "Canada – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ a b c "Dominion Status". Commonwealth of Nations. 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  21. ^ "Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 14 Januari 2018.
  22. ^ a b "Malaysia Act 1963" (PDF). Legislation UK. Dicapai pada 14 Januari 2018.
  23. ^ "Malaysia – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ Ingram, Derek (April 1996). "Commonwealth Update". The Round Table. 85 (338): 153–165. doi:10.1080/00358539608454302.
  25. ^ a b "Rwanda becomes a member of the Commonwealth". BBC News. 29 November 2009. Dicapai pada 29 November 2009.
  26. ^ "THE PERIOD AFTER NAMIBIA'S INDEPENDENCE" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2018.
  27. ^ "Nauru Accedes to Full Membership of the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 12 April 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2009. Dicapai pada 30 Januari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ "Nauru–History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ "Nauru back as full Commonwealth member". Radio New Zealand International. 26 June 2011. Dicapai pada 23 Oktober 2011.
  30. ^ "New Zealand – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ "Nigeria | The Commonwealth". thecommonwealth.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2017.
  32. ^ "Pakistan suspended from the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 22 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2012. Dicapai pada 15 Jun 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  33. ^ "Commonwealth lifts Pakistan suspension". Sekretariat Komanwel. 12 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2012. Dicapai pada 15 Jun 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  34. ^ "Constitution Amendment Act (No 2) 1997". Dicapai pada 27 November 2007.
  35. ^ Singapore Act 1966
  36. ^ "Road to Independence". AsiaOne. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2013. Dicapai pada 28 Jun 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  37. ^ a b "Tanzania – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  38. ^ "Tuvalu Accedes to Full Membership of the Commonwealth". Sekretariat Komanwel. 14 Ogos 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2008. Dicapai pada 30 January 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  39. ^ "Statement by Commonwealth Secretary-General Kamalesh Sharma on The Gambia". The Commonwealth. 4 Oktober 2013. Dicapai pada 6 Oktober 2013.
  40. ^ "Gambia quits the Commonwealth". The Guardian. 2 Oktober 2013. Dicapai pada 5 Oktober 2013.
  41. ^ Manneh, Alieu (27 November 2016). "Opposition leader promises return of Gambia to ICC". Anadolu Agency. Dicapai pada 3 Disember 2016. In an interview with Anadolu Agency, Adama Barrow, who is facing the country’s President Yahya Jammeh in the polls, said: “We will ensure that we respect all international agreements we are a signatory to and we will take the country back to the Commonwealth and the International Criminal Court.
  42. ^ "The Gambia presents formal application to re-join the Commonwealth" (Siaran media). Komanwel. 23 Januari 2018. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  43. ^ "Maldives – History". Sekretariat Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2008. Dicapai pada 15 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  44. ^ "The Maldives and the Commonwealth". Suruhanjaya Tinggi Maldives. Dicapai pada 30 Januari 2009.
  45. ^ "Sekretariat Komanwel". 2016-10-13. Dicapai pada 2016-10-13.
  46. ^ Michael Safi (13 October 2016). "Maldives quits Commonwealth over alleged rights abuses". The Guardian. The Maldives has announced it will leave the Commonwealth after mounting pressure from the 53-nation group over corruption and deteriorating human rights in the Indian Ocean state. The country’s government, which has been fending off rumours of an impending coup and allegations of money laundering, said the decision on Thursday to cancel its membership was 'difficult but inevitable'. Its foreign ministry said in a statement it had been treated 'unjustly and unfairly' by the organisation’s Commonwealth ministerial action group (CMAG), which has been scrutinising the government since the former president, Mohamed Nasheed, was ousted in 2012 in what his supporters say was a coup. 'The CMAG and the Commonwealth secretariat seem to be convinced that the Maldives, because of the high and favourable reputation that the country enjoys internationally, and also perhaps because it is a small state that lacks material power, would be an easy object that can be used,' the statement said. It added that it was being targeted 'in the name of democracy promotion, to increase the [Commonwealth’s] own relevance and leverage in international politics'.
  47. ^ "Editorial: CHOGM 2003, Abuja, Nigeria". The Round Table. 93 (373): 3–6. January 2004. doi:10.1080/0035853042000188139.
  48. ^ a b "Somaliland on verge of observer status in the Commonwealth". Qaran News. Dicapai pada 16 November 2009.
  49. ^ Howden, Daniel (26 November 2009). "The Big Question: What is the Commonwealth's role, and is it relevant to global politics?". The Independent. London.
  50. ^ te Velde-Ashworth, Victoria (10 Oktober 2005). "The future of the modern Commonwealth: Widening vs. deepening?". Unit Kajian Dasar Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal (doc) pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 16 September 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  51. ^ "South Sudan Launches Bid to Join Commonwealth". gurtong.net. 8 Julai 2011.
  52. ^ "Welcome to Allvoices". allvoices.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  53. ^ Staff Writer. "Suriname eying membership of Commonwealth". Stabroek News.
  54. ^ "Strengthening Guyana's participation in the Commonwealth and providing guidance to Suriname as it considers applying for membership". www.gov.uk.
  55. ^ Howden, Daniel (26 November 2009). "The Big Question: What is the Commonwealth's role, and is it relevant to global politics?". The Independent. London.
  56. ^ Osike, Felix (24 November 2007). "Rwanda membership delayed". New Vision. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2013. Dicapai pada 29 November 2009.

Pautan luar

Read other articles:

Glenda JacksonCBEJackson pada 1971LahirGlenda May Jackson(1936-05-09)9 Mei 1936Birkenhead, InggrisMeninggal15 Juni 2023(2023-06-15) (umur 87)Blackheath, London, InggrisAlmamaterRoyal Academy of Dramatic ArtPekerjaanAktrispolitikusTahun aktif1952–19922015–2023 (jadi aktris)Partai politikLabourSuami/istriRoy Hodges ​ ​(m. 1958; c. 1976)​AnakDan HodgesWakil Sekretaris Negara untuk TransportasiMasa jabatan6 Mei 1997 – 29 Jul...

 

Abdul JalilSultan Siak Seri InderapuraBerkuasa1723 – 1746PenerusSultan MahmudPemakamanBuantan, SiakWangsaJohor-MalakaAyahSultan Mahmud II dari JohorIbuEncik ApungSultan Abdul Jalil Syah atau Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I, dikenal juga dengan panggilan Raja Kecik atau Raja Kecil dari Johor, kemudian mendirikan Kesultanan Siak Sri Inderapura. Biografi Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil diutus oleh Sultan Indermasyah untuk mewakili dirinya dalam menyelesaikan kesepakatan dagang dengan piha...

 

Герб Гультяєвської волості ДеталіНосій Гультяєвська волость Герб муніципального утворення «Гультяєвська волость» Пустошкинского району Псковської області Російської Федерації - розпізнавально-правовий знак, що є офіційним символом муніципального утворення. Герб зат

Sam Farr (2011) Samuel Sharon „Sam“ Farr[1] (* 4. Juli 1941 in San Francisco, Kalifornien) ist ein US-amerikanischer Politiker der Demokratischen Partei. Zwischen 1993 und 2017 vertrat er zuerst den 17. und ab 2013 dann den 19. Distrikt des Bundesstaats Kalifornien im US-Repräsentantenhaus. Inhaltsverzeichnis 1 Leben und Werdegang 2 Parlamentsarbeit 3 Politische Ansichten 4 Familie 5 Einzelnachweise 6 Weblinks Leben und Werdegang Farr wuchs in Carmel auf. Sein Vater war der Senat...

 

الضرائب أحد جوانب السياسات المالية السياسات إيراد حكوميإيراد ضريبي إيراد غير ضريبيقانون الضريبة شريحة ضريبة إعفاء ضريبي ائتمان ضريبي تخفيض ضريبي إستقطاع ضريبي إعفاء ضريبي مؤقتميزة ضريبية حافز ضريبيإصلاح ضريبي تنسيق ضريبيتنافس ضريبي ازدواج ضريبيلا ضريبة بدون تمثيل الا...

 

Ronnie Price Datos personalesNombre completo Ronald D'Wayne PriceNacimiento Friendswood, Texas  Estados Unidos21 de junio de 1983 (40 años)Nacionalidad(es) EstadounidenseAltura 1,88 m (6′ 2″)Peso 86 kg (189 lb)Carrera deportivaDeporte BaloncestoEquipo universitario Universidad Estatal de NichollsUtah Valley UniversityClub profesionalDraft de la NBA No elegido, 2005Club Phoenix SunsLiga NBAPosición BaseTrayectoria Sacramento Kings (2005-2007) Utah Jazz (2007-2011...

Halaman kodeks dengan teks Yehezkiel 5:12-17 Folio 283 kodeks dengan teks Yehezkiel 1:28-2:6 Daniel 1-9 pada edisi faksimili Tischendorf (1869) Codex Marchalianus yang diberi kode siglum Q adalah naskah berbahasa Yunani dari abad ke-6 yang memuat terjemahan Alkitab ibrani (Tanakh atau Perjanjian Lama) dalam bahasa Yunani yang dikenal sebagai Septuaginta. Teks ditulis pada vellum dalam huruf uncial. Berdasarkan Paleografi diperkirakan dibuat pada abad ke-6.[1] Namanya berasal dari seor...

 

Robert Wickens diatas mobil Formula Atlantik tahun 2007 Formula Atlantik adalah sebuah spesifikasi mobil balap roda terbuka yang dikembangkan pada tahun 1970-an. Sasis ini kemudian digunakan dalam balap profesional melalui IMSA Atlantic Championship hingga 2009 dan saat ini digunakan dalam balap amatir melalui Sports Car Club of America. Pranala luar Wikimedia Commons memiliki media mengenai Formula Atlantic. SCCA Club Racing - Formula Classes rule book Diarsipkan 2010-03-31 di Wayback Machin...

 

1959 American filmThe Four Skulls of Jonathan DrakeTheatrical release posterDirected byEdward L. CahnWritten byOrville H. HamptonProduced byRobert KentStarring Eduard Franz Valerie French Henry Daniell Grant Richards Paul Cavanagh CinematographyMaury GertsmanEdited byEdward MannMusic byPaul DunlapProductioncompanyPremium PicturesDistributed byUnited ArtistsRelease date 1959 (1959) Running time70 minutesCountryUnited StatesLanguageEnglish The Four Skulls of Jonathan Drake is a 1959 Americ...

Penaklukan Romawi di Britania. Penaklukan Britania oleh Romawi adalah suatu proses penaklukan yang dilakukan oleh Romawi terhadap Britania. Penaklukan ini merupakan proses yang terjadi secara bertahap. Romawi berhasil menaklukan Britania pada secara efektif pada 43 M di bawah kaisar Claudius, yang jenderalnya Aulus Plautius bertugas sebagai gubernur pertama Britania. Namun, Britania Raya sebelumnya telah sering menjadi sasaran invasi, yang aktual dan terencana, oleh pasukan Republik Romawi da...

 

3.ª Super Copa IndiaIndia 2023 Sede  India Fecha 3 de abril de 202325 de abril de 2023 Cantidad de equipos 21 Podio • Campeón• Subcampeón• Semifinalistas  Odisha (1)BengaluruJamshedpurNorthEast United Partidos 31 Goles anotados 113 (3.65 por partido) Goleador Wilmar Jordán (7 goles) Diego Maurício (7 goles) La Super Copa de India 2023 fue la tercera edición de la Super Copa, la principal competición de fútbol de copa nacional en India. La competición estuvo ...

 

Hj. Umi AzizahHj. Umi AzizahBupati Tegal ke 48PetahanaMulai menjabat 8 Januari 2019PresidenJoko WidodoGubernurGanjar PranowoPendahuluEnthus Susmono Informasi pribadiLahir1960Kabupaten Tegal, Jawa TengahKebangsaanIndonesiaPekerjaanBupatiSunting kotak info • L • B Hj. Umi Azizah (lahir di Tegal, Jawa Tengah, 1960; umur 63 tahun) adalah bupati Kabupaten Tegal yang menjabat sejak 8 Januari 2019. Latar belakang Umi dilahirkan di desa Tuwel, Bojong, kabupaten Tegal pada tahun ...

1994 studio album by Jello Biafra & Mojo NixonPrairie Home InvasionStudio album by Jello Biafra & Mojo NixonReleasedMarch 24, 1994Recorded1994GenreCowpunk[1][2]Length62:00LabelAlternative TentaclesProducerMarshall LawlessJello Biafra chronology Tumor Circus(1991) Prairie Home Invasion(1994) Beyond the Valley of the Gift Police(1994) Mojo Nixon chronology Horny Holidays!(1992) Prairie Home Invasion(1994) Live in Las Vegas (Pleasure Barons)(1994) Prairie Home Inv...

 

Sarasota High SchoolThe Sailor is the mascot of SHSAddress1000 South School AvenueSarasota, FloridaUnited StatesInformationSchool typePublic High SchoolOpened1913, 110 years agoStatusOpenSchool boardSarasota County S.B.School districtSarasota County SchoolsPrincipalDavid JonesStaff107.00 (FTE)[1]Grades9–12Enrollment2,179 (2019-20)[1]Student to teacher ratio20.36[1]Color(s)Black & Orange   AthleticsYesMascotSailor SamRivalsRiverviewYearbookSailor's ...

 

Religion in Panama (2020 estimate)[1]   Catholicism (80.6%)  Other Christian (10.4%)  No religion (7.7%)  Others (1.3%) The Metropolitan Archcathedral Basilica of Santa María la Antigua in Panama City. The predominant religion in Panama is Christianity, with Catholicism being its largest denomination. Before the arrival of Spanish missionaries, the various ethnic groups residing in the territory of modern day Panama practiced a multitude of fai...

  关于与「长常北线高速公路」標題相近或相同的条目,請見「长常高速公路」。 常德—长沙高速公路 长常北线高速 国家高速公路G5517 道路信息启用时间2016年11月3日(始建)历史2020年8月31日(最近通車)主要连接道路起點端湖南省常德市武陵区常德收费站終點端湖南省长沙市望城区观音岩收费站規劃數據總長144.243公里(89.628英里)公路系統中华人民共和国高速公...

 

Indonesian footballer and coach The topic of this article may not meet Wikipedia's notability guideline for biographies. Please help to demonstrate the notability of the topic by citing reliable secondary sources that are independent of the topic and provide significant coverage of it beyond a mere trivial mention. If notability cannot be shown, the article is likely to be merged, redirected, or deleted.Find sources: Iwan Setiawan – news · newspapers · books ...

 

American mathematician known for his work on analytic number theory Kannan SoundararajanSoundararajan teaching at Stanford UniversityBorn (1973-12-27) December 27, 1973 (age 49)NationalityAmericanAlma materUniversity of Michigan Princeton UniversityAwardsOstrowski Prize (2011) Infosys Prize (2011) SASTRA Ramanujan Prize (2005)Salem Prize (2003)Morgan Prize (1995)Scientific careerFieldsMathematicsInstitutionsStanford University University of MichiganDoctoral advisorPeter SarnakDoctor...

An ambulance in front of the National Medical Center in Seoul Healthcare in South Korea is universal, although a significant portion of healthcare is privately funded. South Korea's healthcare system is based on the National Health Insurance Service, a public health insurance program run by the Ministry of Health and Welfare to which South Koreans of sufficient income must pay contributions in order to insure themselves and their dependants, and the Medical Aid Program, a social welfare progr...

 

Farmageddon Author Philip Lymbery Isabel Oakeshott PublisherBloomsburyPublication date2014 (2014)ISBN978-1-40884-644-5OCLC900181396 A dairy concentrated animal feeding operation A sow will often stay in a gestation crate for the four-month period of her pregnancy. A nursing sow in a farrowing crate. Fish meal factory Manure lagoon in California Farmageddon: The True Cost of Cheap Meat is a 2014 non-fiction book by Philip Lymbery and Isabel Oakeshott. It surveys the effects of industrial ...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!