USD
Kepulauan Turks dan Caicos (disebut /ˈtɝːks/ dan ˈkeɪkəs atau ˈkeɪ.koʊs) ialah sebuah wilayah luar negeri United Kingdom yang terdiri dari 40 pulau tropika, 8 di antaranya berpenghuni, di Caribbean, sebelah tenggara Bahamas. Lanskap wilayah ini sebahagian besarnya berupa batu kapur dan paya bakau. Iklimnya panas dan kering, namun sering dilanda siklon tropika. Kepulauan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan sebagai pusat kewangan luar pesisir.
Kepulauan ini mempunyai jumlah keluasan 166 batu persegi (430 km2). Jumlah penduduk pula seramai 30,000 orang, kira-kira 22,500 daripadanya tinggal di Providenciales di Kepulauan Caicos. Ibu negeri kepulauan ini, Cockburn Town terletak di Pulau Grand Turk.
Pada Ogos 2009, United Kingdom menggantung kerajaan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos selepas dakwaan rasuah dalam kementerian. Prerogatif kerajaan kementerian dan Dewan Undangan diberikan kepada gabenor kepulauan itu, Gordon Wetherell, untuk tempoh sehingga dua tahun.[2]