Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah terletak di Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah, Malaysia. Ia ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Yahya Toha pada 1935. Sejak penubuhannya, ia telah mengalami perubahan dan perkembangan yang drastik serta mampu berdaya saing dengan perkembangan negara dan seiring pendidikan Malaysia.
Sebagai sebuah sekolah agama, maka sistem pendidikan yang diguna pakai di sekolah ini ialah sistem yang berteraskan pendidikan agama yang bakal melahirkan generasi berdasarkan Al-Quran bagi mewarisi kepimpinan masa depan.
Berteraskan Sistem Pendidikan Agama, para pelajar juga didedahkan kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan agar mereka tidak ketinggalan daripada berperanan dalam institusi masyarakat malah mereka mampu menyeimbangkan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar Yayasan Khairiah akan mengikuti dua sistem pendidikan iaitu:
Namun begitu, Sistem Pendidikan Agama ialah matlamat utama dengan peruntukan masa sebanyak 70%. Sebaliknya, Sistem Pendidikan Kebangsaan ialah sebagai pelengkap yang diperuntukkan masa sebanyak 30%.
Selain daripada pendidikan formal, kuliah-kuliah fardhu ain pada waktu pagi dan malam juga diadakan bagi memantapkan ilmu agama di samping melaksanakan ilmu yang dipelajari.
Kelas-kelas pengajian yang disediakan di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah adalah seperti berikut: