R

R
R
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

R ialah huruf Rumi moden yang ke-18. Penutur di Malaysia, Singapura dan Brunei cenderung menyebut huruf ini sebagai ar (IPA: [ɑr]) mengikut bahasa Inggeris manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai ér (IPA: [ɛr]) mengikut bahasa Belanda.

Ia melambangkan bunyi konsonan getaran gusi /r/ yang wujud dalam bahasa-bahasa Melayu baku Malaysia,[1] Brunei[2] dan Indonesia[3] pada suku kata awal dan tengah sesepatah perkataan; di hujung katanya pula dibunyikan dalam sebutan baku Indonesia dan Singapura tetapi gugur pada sebutan Malaysia dan Brunei.[4]

Sejarah

Hieroglif Mesir tp R Proto-Semitik n Phoenicia R Etruskan Rho Yunani R Etruskan Akhir
D1

Bentuk huruf Semitik yang asalnya mungkin diilhamkan dari hieroglif yang membawa erti "kepala" disebut t-p dalam bahasa Mesir, tetapi dipinjam oleh kaum Semitik bagi bunyi /r/ kerana dalam bahasa mereka, perkataan "kepala" berbunyi Rêš (juga nama hurufnya). Huruf berkenaan berkembang menjadi Ρ ῥῶ (Rhô) Yunani dan R Latin. Barangkalinya sesetengah bentuk Etruskan dan Yunani Barat bagi huruf ini dibubuh satu lagi garis agar berbeza bentuknya dari huruf P sekarang.

Sebutan R

Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol [r] menandakan bunyi getaran alveolus. Sesetengah bahasa ada memakai huruf r dalam abjad (atau skema transliterasi Rumi) masing-masing bagi menandakan konsonan rotik selain getaran alveolus.

Getaran alveolus [r] dengar bahasa Inggeris Britain (sesetengah loghat atau pertuturan tegas), Albania ("rr"), Arab, Armenia, Belanda (baku), Bulgaria, Catalan, Finland, Hungary, Itali, Jepun (pertuturan tegas lelaki), Jerman (sesetengah loghat), Lithuania, Latin, Norway, Poland, Romania, Rusia, Scots, Sepanyol ("rr") Sweden, Wales
Malaran tak gesar alveolus [ɹ] dengar Inggeris (kebanyakan loghat), Belanda (kedudukan tertentu dalam perkataan sesetengah loghat), Faroe
Sadap alveolar [ɾ] dengar Albania ("r"), Catalan, Greek, Hindi 'र', Itali, Portugis, Sepanyol ("r"), Turki,
Sadap sisian alveolus [ɺ] dengar Jepun
Frikatif gelungan bersuara [ʐ] dengar Mandarin (alofon)
Malaran tak gesar gelungan [ɻ] dengar bahasa Inggeris Amerika (sesetengah loghat), Mandarin (alofon)
Sadap gelungan [ɽ] dengar Hindi 'ड़', Inggeris Scotland (adakala)
Getaran uvular [ʀ] dengar Jerman (baku), Perancis; Belanda (di Belgium dan beberapa loghat di Belanda), bahasa Sweden (Sweden Selatan)
Frikatif uvular bersuara [ʁ] dengar Jerman, Denmark, Perancis (sekitar Paris), Ibrani Moden, Portugis

Kod-kod pengkomputeran

Titik kod Huruf besar
R
Huruf kecil
r
Unikod U+0052 U+0072
ASCII Perpuluhan 82 114
Perduaan 01010010 01110010
EBCDIC 217 153

Rujukan

  1. ^ Karim, Nik Safiah; M. Onn, Farid; Haji Musa, Hashim; Mahmood, Abdul Hamid (2008). Tatabahasa Dewan (ed. 3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 297–303. ISBN 978-983-62-9484-5.
  2. ^ Clynes, Adrian; Deterding, David (August 2011). "Standard Malay (Brunei)". Journal of the International Phonetic Association. 41 (2): 259–268. doi:10.1017/S002510031100017X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-16.
  3. ^ Soderberg, Craig D.; Olson, Kenneth S. (2008). "Indonesian". Journal of the International Phonetic Association. 38 (2): 209–213. doi:10.1017/S0025100308003320.
  4. ^ Abu Bakar, Mukhlis (2019-12-18). "Sebutan Johor-Riau dan Sebutan Baku dalam Konteks Identiti Masyarakat Melayu Singapura". Issues in Language Studies. 8 (2). doi:10.33736/ils.1521.2019. ISSN 2180-2726.

Lihat juga

For other meanings and uses of the letter "R", see R (disambiguation). See also:

Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!