Berkembang menjadi bahasa Demotik pada 600 SM, ke Qibti pada 200 M, dan pupus sebagai bahasa seharian pada abad ke-17. Bahasa Qibti kekal sebagai bahasa liturgi Gereja Katolik Koptik.
Bahasa Mesir Demotik (abad ke-7 SM – abad ke-5 M), bahasa kebiasaan Zaman Akhir, Ptolemy dan Mesir Rom,
Bahasa Qibti (abad ke-4 M – abad ke-17 M), bahasa kebiasaan semasa pengkristianan, dan bahasa sembahyang dalam agama Kristian Mesir.
Mesir Lama, Pertengahan dan Akhir semuanya ditulis menggunakan sistem tulisan hieroglif dan hieratik. Demotik ialah nama tulisan yang berasal daripada hieratik, bermula pada abad ke-7 SM.
Abjad Qibti berasal daripada abjad Yunani, dengan penyesuaian untuk bunyi-bunyi bahasa Mesir. Ia mula-mula berkembang pada zaman Ptolemaik, dan secara beransur-ansur menggantikan tulisan Demotik sekitar abad ke-4 hingga ke-5 TM.
Mesir Lama
Nama "Mesir Kuno/Arkaik" kadangkala hanya digunakan untuk hieroglif yang paling awal, dari akhir alaf ke-4 hingga awal alaf ke-3 SM. Pada peringkat terawal, sekitar 3300 SM,[2] hieroglif belum lagi sistem tulisan yang lengkap dan masih sedang beralih daripada peringkat tulisan purba; lama-kelamaan pada abad ke-27 SM, ciri-ciri tatabahasa seperti pembentukan nama keturunan mula muncul.[3][4]
Mesir Lama ditarikhkan berdasarkan ayat lengkap diketahui, termasuk kata kerja finitum, yang telah ditemui. Ditemui di makam Seth-Peribsen (s. 2690 SM), bekas meterai baginda berbunyi:
"Baginda telah menyatukan Kedua-dua Tanah untuk puteranya, Raja Berganda Peribsen."[6]
Teks-teks panjang mula muncul sekitar 2600 SM.[7]Teks-teks Piramid merupakan koleksi penulisan yang terbesar dari fasa bahasa ini. Satu ciri uniknya ialah menggandakan simbol ideogram, fonogram dan penentu sebanyak tiga kali untuk menandakan kata majmuk. Ia serupa dengan Mesir Pertengahan tetapi berdasarkan dialek yang berbeza.
Semasa zaman dinasti ke-3, sekitar 2650 hingga 2575 SM, tulisan hieroglif menjadi lebih teratur. Sistem tulisan itu kekal sama sehinggalah ia digantikan oleh Qibti sekitar abad ketiga dan keempat. Bilangan simbol yang digunakan dalam hieroglif kekal sekitar 700 selama lebih daripada 2000 tahun.[8]
Rujukan
^Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 325. ISBN978-0-415-18589-9.
^Werning, Daniel A. (2008) "Aspect vs. Relative Tense, and the Typological Classification of the Ancient Egyptian sḏm.n⸗f" in Lingua Aegyptia 16, p. 289.
^Allen (2013:2) citing Jochem Kahl, Markus Bretschneider, Frühägyptisches Wörterbuch, Part 1 (2002), p. 229.