Pilihan Raya Negeri-negeri Malaysia 2023
Negeri pilihan raya tiada pilihan raya
Pilihan raya negeri-negeri Malaysia 2023 diadakan di Selangor , Kelantan , Terengganu , Negeri Sembilan , Kedah dan Pulau Pinang berikutan tamat sesi penggal.
Latar belakang
Pilihan raya negeri di Malaysia secara tradisinya diadakan bersama pilihan raya umum . Walau bagaimanapun, negeri boleh secara bebas membubarkan perhimpunan mereka sendiri. Oleh itu, semasa pilihan raya umum sebelumnya pada 2022 , hanya tiga negeri, Perlis , Perak dan Pahang yang membubarkan DUN mereka dan mengadakan pilihan raya negeri mereka secara serentak, manakala empat negeri lagi, Sabah , Melaka , Sarawak dan Johor mengadakan pilihan raya negeri mereka lebih awal sebelum 2022 berikutan krisis politik yang sedang berlaku pada masa itu, dan hanya tinggal enam negeri lagi yang memilih untuk tidak membubarkan perhimpunan mereka pada masa pilihan raya umum.[ 1] [ 2] [ 3] [ 4]
Parti bertanding
Pakatan Harapan-Barisan Nasional
PRN ini ialah pilihan raya utama pertama yang ditandingi oleh "kerajaan perpaduan " antaran Pakatan Harapan (PH) diketuai Anwar Ibrahim dengan Barisan Nasional (BN). Semua parti komponen PH – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – bertanding, manakala bagi BN, hanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sahaja yang mengambil bahagian, dengan dua komponen lain, Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysia tidak bertanding.[ 5] Seramai 137 orang calon bertanding untuk Pakatan Harapan, manakala 108 orang calon bertanding untuk Barisan Nasional[ 6] .
Perikatan Nasional
Pembangkang peringkat nasional, Perikatan Nasional bertanding sebagai lawan utama PH-BN dalam PRN. Calon-calon Perikatan Nasional akan menggunakan lambang gabungan tersebut bagi Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan; dan lambang Parti Islam Se-Malaysia bagi Terengganu dan Kelantan[ 7] . Seramai 168 orang calon memakai lambang Perikatan Nasional, manakala 77 orang memakai lambang PAS[ 6] .
MUDA-PSM
Satu lagi parti komponen kerajaan perpaduan, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), bertindak untuk bertanding secara terpisah dengan PH-BN atas dakwaan tidak diiktiraf oleh PH.[ 8] Sebaliknya, pada 15 Julai, MUDA menandatangani kerjasama bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).[ 9] MUDA telah menghantar 19 orang calon di 4 buah negeri, manakala PSM seramai 4 orang di Selangor[ 6] .
Parti lain
Parti Hijau Malaysia [ 10] & Parti Pejuang Tanah Air [ 11] dijangka menyertai pilihan raya di Selangor. Walau bagaimanapun, kedua-dua parti tidak menghantar calon.
Parti Rakyat Malaysia telah menghantar 13 orang calon di Pulau Pinang (5 orang) dan Selangor (8 orang). Sebuah lagi parti, Parti Utama Rakyat menghantar seorang calonnya di Selangor[ 6] .
Komposisi
Bilangan kerusi
Negeri
Jumlah
PH + BN
±
PN
±
MUDA + PSM
±
Lain-lain
±
Kerusi kosong
±
Keputusan pilihan raya lepas (mengikut negeri)
Kedah
36
16
20
n/a
n/a
n/a
Kelantan
45
8
37
n/a
n/a
n/a
Terengganu
32
10
22
n/a
n/a
n/a
Penang
40
37
3
n/a
n/a
n/a
Selangor
56
49
7
n/a
n/a
n/a
Negeri Sembilan
36
36
0
n/a
n/a
n/a
Jumlah
245
156
89
n/a
n/a
n/a
Semasa pembubaran
Kedah
36
12
▼ 4
20
▬
0
▬
2
▲ 2
2
▲ 2
Kelantan
45
7
▼ 1
37
▬
0
▬
0
▬
1
▲ 1
Terengganu
32
10
▬
22
▬
0
▬
0
▬
0
▬
Penang
40
35
▼ 2
1
▼ 2
0
▬
0
▬
4
▲ 4
Selangor
56
45
▼ 4
5
▼ 2
0
▬
3 + 2
▲ 5
1
▲ 1
Negeri Sembilan
36
36
▬
0
▬
0
▬
0
▬
0
▬
Jumlah
245
145
▼ 11
86
▼ 3
0
▬
7
▲ 7
8
▲ 8
Tarikh penting
Dewan Undangan Negeri
Mula penggal
Tamat penggal
Tarikh terakhir mungkin PRN
Tarikh pembubaran[ n 1] [ 12]
Tarikh pencalonan
Tarikh pengundian awal
Tarikh pengundian
Ruj
Selangor
26 Jun 2018
26 Jun 2023
26 Ogos 2023
23 Jun 2023
29 Julai 2023
8 Ogos 2023
12 Ogos 2023
[ 13]
Kelantan
28 Jun 2018
28 Jun 2023
28 Ogos 2023
22 Jun 2023
[ 14]
Terengganu
1 Julai 2018
1 Julai 2023
1 September 2023
28 Jun 2023
Negeri Sembilan
2 Julai 2018
2 Julai 2023
2 September 2023
30 Jun 2023
[ 15]
Kedah
4 Julai 2018
4 Julai 2023
4 September 2023
28 Jun 2023
[ 16]
Pulau Pinang
2 Ogos 2018
2 Ogos 2023
2 Oktober 2023
28 Jun 2023
[ 17]
Latar belakang mengikut negeri
Selangor
Kelantan
Terengganu
Negeri Sembilan
Kedah
Pulau Pinang
Isu dan cabaran
Logistik
Rancangan pemilihan PRN pada sekitar pertengahan Ogos menjadi kebimbangan dalam warga mahasiswa oleh kerana percanggahan dengan sesi peperiksaan akhir di sebilangan universiti yang memberi cabaran logistik pelajar untuk mengundi.[ 18] Di Kelantan, pihak kerajaan negeri memberikan perkhidmatan angkutan bas percuma untuk menyelesaikan hal ini.[ 19] Sementara itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi memiliki pertimbangan untuk memberi tempoh cuti khas kepada institusi terjejas.[ 20]
Provokasi dan ancaman keganasan
Sebelum tempoh kempen, beberapa pemain utama PRN seperti Lim Guan Eng dan Abdul Hadi Awang disiasat atas ucapan-ucapan berunsur provokatif.[ 21] [ 22] Pada 11 Julai, laporan polis dibuat oleh pihak DAP terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man dan pihak terkait disebabkan oleh dakwaan berita palsu terhadap Guang Eng.[ 23]
Pihak polis mengenal pasti kawasan-kawasan "titik panas" potensi keganasan politik di semua negeri terlibat, dan memiliki rancangan untuk mengerahkan pasukan tempatan serta induk.[ 24]
Nota
^ Minggu ketiga atau keempat Jun 2023
Rujukan
^ "No early elections for PAS-held states, says party vice-president" . Free Malaysia Today . 6 June 2022. Dicapai pada 6 June 2022 .
^ "GE15: Penang, Selangor and Negri not dissolving state assemblies this year, says Anwar" . The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 October 2022 .
^ "GE15: Penang, S'gor, Negri assemblies will not dissolve, says Pakatan presidential council" . Nation. The Star . 15 October 2022. Dicapai pada 15 October 2022 .
^ Hassan, Hazlin (14 October 2022). "Malaysia's PAS says its three state assemblies won't be dissolved for elections" . The Straits Times . Dicapai pada 16 October 2022 .
^ "MCA, MIC to skip state elections" . Malaysiakini . 2023-07-05. Dicapai pada 2023-07-07 .
^ a b c d "570 calon bertanding PRN, satu lawan satu di 180 kerusi" . www.utusanborneo.com.my . 2023-07-29. Dicapai pada 2023-07-29 .
^ "PRN: Calon PN guna logo Pas di Kelantan, Terengganu" . Sinar Harian . 18 Mei 2023. Dicapai pada 26 Julai 2023 .
^ "MUDA to contest state polls alone after 'left hanging' by Pakatan Harapan: Syed Saddiq" . CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-07 .
^ Essa Abu Yamin (15 Julai 2023). "MUDA kerjasama dengan PSM hadapi PRN" . Berita Harian . Dicapai pada 16 Julai 2023 .
^ Sufian, Puteri Aisya (2023-01-27). "Green Party touts 'secret weapon' for Selangor polls" . Malaysiakini . Dicapai pada 2023-01-30 .
^ TAHIR, MOHD IZZATUL IZUAN (2023-07-04). "Pejuang Selangor timbang letak calon PRN" . Sinar Harian . Dicapai pada 2023-07-26 .
^ Bernama (2023-05-08). "Rundingan kerusi: Anwar serah pada kebijaksanaan pimpinan negeri" . Malaysiakini . Dicapai pada 2023-05-08 .
^ "Sultan Selangor perkenan bubar Dun Selangor 23 Jun" . Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-19. Dicapai pada 2023-06-19 .
^ "DUN Kelantan bubar 22 Jun" . Malaysiakini . 2023-06-14. Dicapai pada 2023-06-14 .
^ HAMZAH, NOR AINNA (2023-06-07). "DUN Negeri Sembilan bubar 30 Jun - Aminuddin" . Kosmo Digital . Dicapai pada 2023-06-11 .
^ "Kedah cadang bubar DUN 28 Jun" . Malaysiakini . 2023-06-15. Dicapai pada 2023-06-15 .
^ ROSLI, SYAJARATULHUDA MOHD (2023-06-08). "Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini" . Sinar Harian . Dicapai pada 2023-06-11 .
^ Zareen Humairah Sejahan (9 Julai 2023). "PRN: Masalah pengangkutan halang mahasiswa pulang mengundi" . Utusan Malaysia . Dicapai pada 12 Julai 2023 .
^ "PAS mahu negeri terlibat PRN ikut Kelantan sedia bas percuma" . Free Malaysia Today . 7 Julai 2023. Dicapai pada 12 Julai 2023 .
^ Muhamad Aimy Ahmad (6 Julai 2023). "KPT bincang keperluan cuti khas PRN untuk pelajar IPT" . Utusan Malaysia . Dicapai pada 12 Julai 2023 .
^ Hakim Rahman (9 Julai 2023). "Isu 3R: Polis sahkan siasat Guan Eng" . Astro Awani . Dicapai pada 12 Julai 2023 .
^ Afiezy Azaman (10 Julai 2023). "Sentuh isu 3R, polis sahkan sedang siasat Hadi Awang" . Astro Awani . Dicapai pada 12 Julai 2023 .
^ Safina Ramli (11 Julai 2023). "Laporan polis dibuat terhadap Tuan Ibrahim, Afnan Hamimi dan Harakah" . Utusan Malaysia . Dicapai pada 12 Julai 2023 .
^ "PRN: Polis kenal pasti 66 kawasan panas di Terengganu" . Harian Metro . 6 Julai 2023. Dicapai pada 12 Julai 2023 .
Pilihan raya negeri Malaysia 2020–2023
Keputusan Parti dipilih keDewan Undangan Negeri (bilangan wakil)
Barisan Nasional Pakatan Harapan Perikatan Nasional Gabungan Parti Sarawak Gabungan Rakyat Sabah Parti-parti lain
Parti yang bertanding(bilangan calon)
Barisan Nasional Pakatan Harapan Perikatan Nasional Gabungan Parti Sarawak Gabungan Rakyat Sabah Parti-parti lain
Topik berkaitan