Abu Bakar Harun (meninggal dunia) Barisan Nasional (UMNO)
Mohd Sharim Md Zain Barisan Nasional (UMNO)
Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 2020 merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Sri Abu Bakar Harun daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 6 Mei 2020 akibat serangan jantung.[1] Pilihan raya kecil ini diadakan pada 4 Julai 2020. Hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun 2020 manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 Jun 2020.[2]
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan Nasional (BN) melalui UMNO telah memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang untuk penggal keempat menerusi penyandangnya, Dato' Sri Abu Bakar Harun. Abu Bakar Harun telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 2004.[3]
Pada 8 Mei 2020, Yang di-Pertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad, menyerahkan notis kekosongan DUN Chini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, pada 6 Mei 2020. Notis itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Pahang, Ahmad Fadzli Rohimi Suhaimi, yang mewakili pengarahnya Datuk Zamree Hamli pada jam 11:15 pagi di Wisma Sri Pahang, Kuantan.[3]
Susulan penularan pandemik penyakit koronavirus (COVID-19) di Malaysia, SPR mendapatkan pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyusun tatacara Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik COVID-19 di negara tersebut. SPR telah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan pada hari Jumaat, 8 Mei 2020 untuk membincangkan beberapa perkara sekiranya tarikh PRK ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SPR akan meneruskan penambahbaikan pada pilihan raya kecil ini dengan beberapa inisiatif sebagai langkah kawalan penyebaran COVID-19 iaitu:[4]
Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan meletakkan calon daripada UMNO pada pilihan raya ini. Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung BN pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 14 Mei 2020.[6]
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesahkan tidak akan meletakkan calon daripada parti itu. Ini bertujuan untuk membuka jalan kepada Barisan Nasional (BN) mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon mereka bertanding. Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Rosli Abdul Jabar pada 29 Mei 2020.[7]
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan tidak akan meletakkan calon daripada parti itu selepas PH memutuskan untuk PKR tidak bertanding. Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Jun 2020.[8] Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh pada 29 Mei 2020 menyatakan akan meletakkan calon bagi merebut kerusi DUN Chini selepas PH memuktamadkan keputusan itu, sekaligus memastikan BN tidak akan menang percuma.[9]
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN). Keputusan itu dibuat untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN). Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 17 Jun 2020.[10]
Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada 18 Jun 2020. Tengku Zainul Hisham, 64, yang merupakan seorang ahli perniagaan menyuarakan hasrat untuk bertanding selepas mengambil kira maklum balas penduduk di situ yang majoritnya peneroka FELDA. Beliau akan menggunakan simbol rumah dan membawa manifesto 'Menjadi Suara Rakyat Chini'.[11]
Hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun 2020. Tiga orang calon telah disahkan bertanding iaitu calon UMNO/Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain, dan dua calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin, serta Mohd Shukri Mohd Ramli.[12]
|- |colspan=6 style="border-top:1px solid darkgray;"|
1. "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, By-election of State Legislative Assembly of N.23 Chini for the State of Pahang [P.U. (B) 287/2020]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 22 June 2020. Dicapai pada 2020-07-05.[pautan mati kekal]2. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes for the By-election of N.23 Chini [P.U. (B) 320/2020]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 6 July 2020. Dicapai pada 2020-07-06.[pautan mati kekal]
|}
|dead-url=