Piala Kelab Dunia FIFA 2016 (Bahasa Inggeris: FIFA Club World Cup 2016) merupakan edisi ke-13 kejohanan bola sepak kelab peringkat dunia berlangsung di Jepun dianjurkan oleh FIFA melibatkan juara kelab antara benua dan juara J1 League 2016. Kejohanan ini berlangsung pada 8 Disember sehingga 18 Disember 2016. Kejohanan ini berlangsung di Jepun. [2]
Proses permohonan untuk edisi 2015-2016 dan juga 2017-2018, iaitu dua tuan rumah, maing-masing menganjurkan dua tahun, bermula pada bulan Februari 2014.[3] Ahli persatuan yang berminat untuk menjadi tuan rumah terpaksa mengemukakan pengisytiharan minat pada 30 Mac 2014, dan menyediakan set lengkap dokumen-dokumen pembidaan pada 25 Ogos 2014.[4] Jawatankuasa Eksekutif FIFA akan memilih tuan rumah pada mesyuarat mereka di Maghribi pada bulan Disember 2014.[5] Walau bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan mengenai tuan rumah 2015-2016 telah dibuat sehingga 2015.
Negara-negara berikut menyatakan minat untuk membida untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini:[6]
Jepun telah disahkan secara rasmi sebagai tuan rumah kejohanan 2015 dan 2016 pada 23 April 2015.[2]
Pada 9 Jun 2016, Stadium Bola Sepak City Suita di Osaka dan Stadium Antarabangsa Yokohama di Yokohama telah dinamakan sebagai dua venue kejohanan.[8]
|deadurl=
Templat:Piala Kelab Dunia FIFA