Pertandingan Lagu Eurovision 1987 ialah Pertandingan Lagu Eurovision ke-32 dan diadakan pada 9 Mei 1987 di Brussels, Belgium[1] setelah kemenangan Sandra Kim pada tahun sebelumnya. Penyampainya ialah Viktor Lazlo. Beliau bersepakat untuk menghadiri Pertandingan Lagu Eurovision, di mana beliau dibenarkan untuk menyanyikan lagunya sendiri, "Breathless". Johnny Logan ialah pemenang untuk Ireland dengan lagu "Hold Me Now". Ini menjadikan beliau sebagai penghibur pertama yang dua kali memenangi pertandingan tersebut, kerana beliau juga menang pada 1980.[2][3]