Pertandingan Lagu Eurovision 1968 ialah edisi ke-13 Pertandingan Lagu Eurovision tahunan. Ia diadakan di London, United Kingdom, susulan kemenangan Sandie Shaw di pertandingan 1967 in Vienna, Austria, dengan lagu "Puppet on a String". Ia merupakan kali ketiga acara ini diadakan di UK; selepas edisi 1960 dan 1963, di mana kedua-dua acara ini diadakan di London. Pertandingan ini diadakan di Royal Albert Hall pada Sabtu 6 April 1968, dan dihoskan oleh Katie Boyle (untuk kali ketiga). 17 negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini.[1]