Musim 2014-15 adalah musim ke-23 Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris, dan musim ke-40 berturut-turut berada di divisyen keatas bola sepak di England.
United akan memulakan musim pada bulan Ogos 2014, bermula dengan kempen Liga Perdana Inggeris. Selain itu, mereka juga akan bertanding dalam dua piala domestik, Piala FA Inggeris dan Piala Liga Inggeris.
Pada musim ini juga United tidak bertanding mana-mana kejohanan Eropah buat kali pertama sejak musim 1989–90.
United menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris yang lepas sekadar menduduki tempat ke-7[1] sehingga tidak layak bertanding dalam kejohanan Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama sejak musim 1995–96[1] dan tidak menyertai mana-mana kejohanan Eropah buat klai pertama dalam 25 tahun.[1][2] Louis van Gaal telah diumumkan sebagai pengurus baru pada 19 Mei 2014 selepas pemecatan David Moyes pada akhir bulan April.[1] Louis van Gaal melantik Ryan Giggs sebagai pembantunya setelah bersara,[3] Marcel Bout sebagai penolong jurulatih, pakar dalam pengakap bertentangan, dan Frans Hoek sebagai jurulatih penjaga gol.[1] Pemindahan pertama United musim ini adalah Vanja Milinković.[4] Milinković masih bersama dengan FK Vojvodina secara pinjaman pada musim depan sebelum menyertai United pada 2015.[4] Tiga permain pengalaman iaitu Rio Ferdinand,[5] Nemanja Vidic[6] dan Patrice Evra[7] telah meninggalkan kelab. Pada 26 Jun 2014, permain ke-2 yang menyertai kelab ini iaitu Ander Herrera dari Athletic Bilbao bernilai £29 juta[8] dan hari seterusnya permain ke-3 iaitu Luke Shaw dari Southampton.[9]
Sebelum kempen 2014-15, Manchester United melawat ke Amerika Syarikat. Perlawanan menentang LA Galaxy dalam Piala Chevrolet pada 23 Julai, dan juga akan mengambil bahagian dalam 2014 International Champions Cup dari 26 Julai sehingga 2 Ogos, perlawanan menentang Roma, Inter dan Real Madrid, dengan perlawanan akhir pada 4 Ogos menentang Liverpool. Selepas ketinggalan 1-0 dari sepakan penalti oleh Steven Gerrard pada separuh pertama, United bangkit pada separuh kedua telah hasilkan tiga jaringan gol daripada Wayne Rooney, Juan Mata dan Jesse Lingard dan menangi 3-1. Apabila mereka kembali ke England, United akan menentang Valencia pada 12 Ogos dalam perlawanan di tuan rumah yang pertama oleh Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United.
Perlawanan untuk musim 2014-15 telah diumumkan pada 18 Jun 2014. Manchester United akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri menentang Swansea City pada 16 Ogos 2014, dan perlawanan terakhir musim ini akan berada tempat lawan ke Hull City pada 24 Mei 2015 .