Meteor adalah sebuah peluru berpandu udara ke udarajarak melangkaui ufuk (BVRAAM) terpandu radar aktif yang dibangunkan oleh MBDA. Meteor menawarkan keupayaan tembakan berbilang (pelancar berbilang untuk menentang sasaran berbilang), dan kebolehan untuk bertempur dengan sasaran yang mempunyai kelincahan tinggi seperti jet dan sasaran kecil seperti UAV serta peluru berpandu kruis dalam persekitaran tindak balas elektronik (ECM) yang padat dengan jarak melebihi 100 kilometer (54 nmi).[4] Sebuah motor ramjet dengan bahan api pepejal membolehkan peluru berpandu ini meluncur pada halaju lebih daripada Mach 4 yang mana membekalkan peluru berpandu dengan tujahan dan pecutan di tengah penerbangan untuk memintas sasaran.[6][7] Pautan data dua hala pula membolehkan pesawat yang melancarkan peluru berpandu ini memberi kemas kini sasaran semasa penerbangan atau penyasarkan semula sekira perlu, termasuk data dari pihak ketiga daripada luar pesawat. Pautan data boleh menghantar maklumat peluru berpandu seperti status fungsi dan kinematik, maklumat berkenaan sasaran berbilang dan notifikasi berkenaan sasaran oleh penjejak.[3]
Croatia - Tentera Udara Croatia - pembelian pesawat Rafale oleh Croatia juga datang bersama dengan sejumlah kecil peluru berpandu Meteor selain sejumlah besar peluru berpandu Mica.