Tentera Laut Diraja(TLD) atau Royal Navy(RN) merupakan cabang perkhidmatan peperangan laut yang utama dalam Angkatan Tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabang Perkhidmatan Kanan). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke-20, TLD merupakan salah satu tentera laut terbesar dan terkuat di dunia, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan Empayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti-kapal selam, dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan sejagat dan operasi laut lepas.
TLD merupakan pasukan tentera laut kedua terbesar dalam NATO dari segi tananarmadanya[1]. Keupayaan unjuran kuasa sejagatnya cuma kalah dengan Tentera Laut Amerika Syarikat[2]. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah kapal induk, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal rondaan. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.
Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalam Perkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungi Kor Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.
Peranan
Peranan Tentera Laut Diraja (TLD) ialah untuk melindungi aset-aset kepentingan dan strategik British tidak kira lingkungan domestik ataupun secara global, melaksanakan dasar pertahanan dan luar negeri Kerajaan Ratu Britain melalui latihan ketenteraan, aktiviti diplomasi dan aktivit serta agenda lain yang menyokong objektif-objektif ini. TLD juga merupakan elemen penting untuk sumbangan United Kingdom kepada NATO, dengan beberapa jumlah asetnya diletakkan kepada tugasan-tugasan NATO pada bila-bila masa. Objektif-objektif ini dicapai melalui beberapa kebolehan.
Pengekalan 'Nuclear Deterrent' (angkatan perang yang dilengkapi senjata nuklear) United Kingdom melalui polisi 'Continuous at Sea Deterrence ("Pertahanan Laut Berterusan")
Penghantaran pasukan Komando UK
Sumbangan aset terhadap Join Force Harrier (Angkatan Gabungan Harrier)
Sumbangan aset terhadap Kawalan Gabungan Helikopter
Pengekalan komitmen terhadap Kawalan Patrol; Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Utara), Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Selatan), Pasukan Tugas Teluk Parsi
Penghantaran kebolehan kapal penyapu ranjau UK kepada negara-negara bersekutu
Penyediaan kebolehan Hidrografi dan meterologi secara global
Perlindungan kawasan perikanan United Kingdom dan European Union
Pemerintahan, kawalan dan organisasi
TLD ditubuhkan dibawah Prerogatif Diraja, oleh itu, ahli dibawah kendalian tentera laut ini (tidak seperti Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) tidak perlu mengangkat sumpah kesetiaan kepada monarki British. Pemimpin tertinggi Tentera Laut Diraja ialah Lord High Admiral (Panglima Besar Laksamana), satu posisi yang sejak tahun 1964 lagi dipegang oleh monarki British yang juga merupakan pemerintah keseluruhan Angkatan Tentera British.
Ketua profesional kepada perkhidmatan ini adalah First Sea Lord, yang merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan United Kingdom dan Lembaga Admiralti, yang mana, melaksanakan pengurusan seperti yang dibahagikan oleh Majlis Pertahanan. Lembaga Tentera Laut, sebuah jawatan kuasa kecil Lembaga Admiralti, bertanggung jawab terhadap pengurusan Perkhidmatan Laut. Semua jawatan kuasa ini adalah berdasarkan Kementerian Pertahanan United Kingdom. Bangunan pejabat utamanya terletak di London, di mana First Sea Lord, juga dikenali sebagai Ketua Turus Laut, dibantu oleh Jabatan Staf Tentera Laut.
Organisasi
Pemerintahan penuh terhadap semua unit armada yang boleh dikerahkan, termasuklah Marin Diraja dan Armada Auxiliary, adalah tugas Panglima Armada (Fleet Commander), dengan satu Markas Pemerintahan Tentera Laut di pangkalan HMS Excellent di Portsmouth dan sebuah Pusat Kawalan Operasi di Northwood, Middlesex, yang berada di Markas Tetap Bersama dan sebuah Markas Wilayah NATO, Markas Komponen Maritim Bersekutu Northwood (English: Allied Maritime Component Command Northwood, (AMCNN)), Panglima Armada juga merupakan Komander AMCNN.
Panglima Armada turut disokong oleh:
Second Sea Lord, yang berpangkalan di HMS Excellent, Pegawai Pemerintah di Perkhidmatan Tentera Laut. Dan juga seorang Laksamana Muda Pasukan Udara Armada.
Timbalan Panglima Armada, berpangkalan di HMS Excellent, yang memerintah Ibu Pejabat.
Panglima Operasi, berpangkalan di Northwood, bertanggung jawab dalam kawalan operasi aset-aset TLD. Juga merupakan seorang Laksamana Muda dan Panglima Angkatan Kapal Selam Tentera Bersekutu Utara NATO.
Panglima Pasukan Maritim UK, pasukan yang boleh dikerah untuk Staf Tempur Armada, Pasukan Petugas UK, Pasukan Petugas Amfibia UK, dan Markas Komponen Maritim UK.
Ini merupakan senarai kapal-kapal perang dan kapal-kapal lain yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja pada waktu ini.
Dalam keseluruhan 91 kapal perang yang aktif 2 merupakan kapal pengangkut pesawat, 3 kapal amfibi, 25 kapal armada pengiring (17 Frigat dan 8 Pembinasa) dan 13 kapal selam berkuasa nuklear (9 SSNs dan 4SSBNs). Ini tidak meliputi senarai kapal dalam Armada Auksilari ataupun simpanan.