Liga Perdana Inggeris 2015–16 merupakan musim ke-24 Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi liga bola sepak Inggeris sejak penubuhannya pada tahun 1992. Jadual perlawanan diumumkan pada 17 Jun 2015.[5] Musim ini bermula pada 8 Ogos 2015 dan dijadual akan selesai pada 15 Mei 2016.[6] Walau bagaimanapun, perlawanan Manchester United menentang Bournemouth ditangguhkan sehingga 17 Mei 2016 ketika hari terakhir perlawanan kerana sebuah pakej mencurigakan di stadium.[7]
Chelsea memulakan liga sebagai juara bertahan musim 2014–15. AFC Bournemouth, Watford dan Norwich City masuk sebagai tiga pasukan yang dinaikkan dari Football League Championship 2014–15.
Selepas hampir diturunkan liga pada musim sebelumnya, Leicester City muncul juara liga buat pertama kali dalam sejarah 132 tahun mereka, menjadi kelab ke-24 untuk menjadi juara bola sepak Inggeris dan kelab keenam untuk memenangi Liga Perdana.
Sebanyak 20 pasukan bertanding dalam liga, termasuk 17 pasukan daripada musim 2014–15 dan tiga pasukan dinaikkan dari Football League Championship 2014–15. Pada 25 April 2015, Watford menjadi pasukan Championship pertama dinaikkan liga selepas kemenangan 2–0 ke atas Brighton & Hove Albion.[8] Pada hari terakhir musim, AFC Bournemouth memenangi kejuaraan Championship dan kenaikkan pertama mereka ke liga teratas selepas kemenangan 3–0 ke atas Charlton Athletic.[9] Norwich City menjadi pasukan ketiga dan terakhir untuk dinaikkan liga selepas menewaskan Middlesbrough 2–0 dalam perlawanan akhir play-off Championship.[10]
Tiga pasukan yang dinaikkan itu menggantikan Burnley, Queens Park Rangers dan Hull City. Burnley tersingkir liga walaupun kemenangan 1–0 ke atas Hull City dan Queens Park Rangers mengalami nasib yang sama selepas kekalahan 6–0 kepada Manchester City.[11][12] Hull City menjadi pasukan ketiga yang disingkirkan liga selepas seri 0–0 dengan Manchester United pada hari terakhir musim 2014–15.[13]
4–0
2–0
0–1
1–1
2–1
0–0
3–0
1–0
3–1
1–2
0–2
0–4
1–3
0–6
2–4
2–2
2–3
1–4
3–3
3–2
1–5
0–3
5–1
3–4
6–2
2–5
4–2
4–1
6–1
4–5
Sehingga perlawanan pada 28 September 2015Sumber: Keputusan BPL1Tuan rumah disenaraikan di sebelah kiri.Warna: Biru = tuan rumah menang; Putih = seri; Merah = tuan rumah kalah.Untuk perlawanan akan datang, a menandakan wujudnya rencana mengenai perlawanan itu.
4 Pemain menjaringkan 4 gol5 Pemain menjaringkan 5 gol
Jamie Vardy dinamakan sebagai Pemain Terbaik Musim Liga Perdana.[126]
Pemain Tahunan PFA dianugerahkan kepada Riyad Mahrez.[127]
Pasukan Tahunan PFA adalah:[125]
Pemain Muda Tahunan PFA dianugerahkan kepada Dele Alli.[128]
Pemain Bola Sepak Tahunan FWA dianugerahkan kepada Jamie Vardy.[129]