La bohème[1] (sebutan "La Bo-vem") ialah opera empat babak arahan penggubahGiacomo Puccini untuk libretoItali, ditulis bersama Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa, berdasarkan cerita Scènes de la vie de Bohème oleh Henri Murger.
Persembahan pertama La bohème dibuat di Teatro Regio (sekarang dikenali sebagai Teatro Regio Torino), di Turin, pada 1 Februari, 1896, di bawah pimpinan konduktor muzik yang muda Arturo Toscanini.
Latar belakang
Pada tahun 1946, lima puluh tahun selepas persembahan pertama tersebut, Toscanini sekali lagi menjadi konduktor muzik untuk persembahan La bohème untuk rancangan di radio Amerika Syarikat. Persembahan itu kemudiannya dirakamkan di dalam rekod dan juga cakera padat. Rakaman tersebut merupakan satu-satunya rakaman kerjaseni Puccini yang dibuat oleh konduktor asal opera.
Ruggiero Leoncavallo, seorang penggubahItali juga membuat opera yang menggunakan nama La bohème tetapi membuat libretonya sendiri. La bohème arahan Leoncavallo dipersembahkan buat pertamakali pada 1897, lebih menumpukan kepada hubungan Musetta dan Marcello berbanding dengan hubungan Mimì dan Rodolfo di dalam operaPuccini.
La bohème arahan Leoncavallo sudah hampir hilang masakini tetapi operaPuccini kekal sehingga ke hari ini, malah menurut Persatuan opera Amerika, La bohème arahan Puccini adalah opera nombor 2 yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara, [2],hanya satu tangga di bawah Madama Butterfly, yang juga hasil karya Puccini.
Peranan
Peranan
Jenis suara
Tayangan pembukaan Mac 19, 1896 (Konduktor: Arturo Toscanini)