Konduktor muzik ataupun pemimpin muzik ialah seorang pemimpin persembahan sebuah orkestra, opera, koir, konsert atau ensembel muzik[1]. Pengarahan menerusi cara gerak isyarat yang dapat dilihat ini ialah tindakan perlaksanaan arahan muzik menerusi seni pengawalan untuk persembahan - persembahan kumpulan pemuzik [2]. Kebanyakan konduktor muzik di rumah-rumah opera dan dewan-dewan simfoni memegang jawatan sebagai Pengarah Muzik di tempat-tempat tersebut.
Tatanama
Konduktor muzik utama untuk sesebuah syarikat orkestra atau opera kadangkala dirujuk sebagai pengarah muzik atau ketua konduktor, atau dalam bahasa Jerman sebagai kapellmeister. Konduktor-konduktor untuk koir pula kadang-kala dipanggil pengarah koral,pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.
Konduktor-konduktor untuk pasukan ketenteraan atau lain-lain kebiasaannya digelar pemimpin pancaragam. Kebiasaannya, konduktor-konduktor yang berpengalaman digelar maestro yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pakar atau guru.