Le Villi

Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)

Le Villi (The Willis atau "Pari-pari") ialah opera dua babak (asalnya satu babak) hasil karya penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Ferdinando Fontana, berdasarkan cerita Les Willis yang ditulis oleh Alphonse Karr. Persembahan asal opera ini pertamakali dipersembahkan di Teatro Dal Verme, Milan pada Mei 31, 1884. Semakan opera ini yang ditambah kepada dua babak dipersembahkan buat pertamakali nya di Teatro Regio, Turin pada Disember 26, 1884.

Latar belakang

Le Villi ialah kerja pementasan Puccini yang pertama. Asalnya, ia ditulis untuk pertandingan opera satu babak tetapi beliau tidak memenangi apa-apa hadiah ataupun kepujian. Namun begitu, opera tersebut menarik perhatian Giulio Ricordi, seorang ahli perniagaan yang kemudiannya menjadi rakan karib beliau. Giulio Ricordi membantu menyumbang dana untuk membolehkan Puccini mempersembahkan opera ini sekali lagi setelah membuat beberapa perubahan termasuk menambahkan satu lagi babak. Versi terakhir opera ini ialah pada tahun 1892.

Libreto opera ini berdasarkan cerita lagenda pari-pari Slavic (mitos rakyat Poland), yang juga digunakan untuk balet “Giselle” (balet dari era romantis) dan opera gubahan penggubah Franz Lehár, yang berjudul Die lustige Witwe.

Peranan

Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Mei 31, 1884
(Konduktor: Achille Panizza)
Versi semakan,
Disember 26, 1884
(Konduktor: - )
Guglielmo, ayah kepada pengantin perempuan bariton atau bes Erminio Pelz Agostino Gnaccarini
Anna, Isteri Roberto soprano Regina Caporetti Elena Boronat
Roberto, Suami Anna tenor Antonio d'Andrade Filippi-Bresciani
Jurucakap tidak menyanyi
Penghuni-penghuni gunung, Pari-pari, roh-roh yang tidak kelihatan

Plot

Tempat: Hutan gelap.
Masa: Zaman pertengahan.

Sinopsis

Babak 1

Keluarga dan tetamu menari untuk meraikan perkahwinan di antara Roberto dan Anna. Roberto harus meninggalkan majlis untuk mengambil barang-barang berharga termasuk harta pusaka beliau. Anna risau sekiranya beliau tidak dapat berjumpa dengan Roberto lagi. Roberto memujuk Anna dan berkata, beliau akan pulang ke pangkuan Anna. Ketika berjauhan, Roberto terpegun dengan keindahan di tempat beliau dan melupakan Anna. Anna mati dalam menunggu kepulangan Roberto. Menurut lagenda pari-pari , jikalau seorang wanita mati kerana hati yang kecewa, pari-pari akan memaksa orang yang membuat kekecewaan itu untuk menari sehingga mati.

Babak 2

Ayah Anna, Guglielmo, menuduh Roberto bertanggung jawab di atas kematian Anna. Roh Anna menggoda Robert hingga ke tengah hutan lebat dan mengajak Robero menari sehingga Roberto mati kehausan di kaki Anna.

Aria-aria terkenal

  • "Se come voi piccina" - Anna dalam Babak I
  • "Anima santa della figlia mia" - Guglielmo Wulf dalam Babak II
  • "Torna ai felici dì" - Roberto dalam Babak II

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!