Drama ini Menariknya sesi penggambaran untuk drama ini hampir 50 peratus dilakukan di Okinawa, Jepun. Diselitkan juga seni bela diri karate sebagai warna penceritaan utama.
Mengisahkan tentang Alisa (Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).
Rykal adalah merupakan anak kepada Datuk Sherry (Didie Alias) yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry kemudian mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (Shogen Itokazu). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka Jepun tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya.