Kejohanan B-13 Piala SuperMokh 2015 merupakan sebuah kejohanan jemputan antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia. Kejohanan ini disertai oleh pasukan negara dan kelab, ianya berlangsung pada 7 Disember hingga 13 Disember 2015. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai bagi Kejohanan Piala SuperMokh kategori bawah 13 tahun ini.[1] Masa penuh untuk kejohanan bawah 13 tahun adalah 40 minit.
Juara kumpulan mara ke suku akhir dan 1 pasukan terbaik naib juara kumpulan juga mara, manakala 4 lagi pasukan naib juara kumpulan akan bersaing dalam perlawanan kalah-mati bagi menentukan 2 slot lagi yang akan turut mara ke suku akhir, dan pasukan yang kalah akan bersaing dalam klasifikasi tempat ke 9 hingga ke 16. Tempat ketiga dan tempat keempat kumpulan akan bersaing dalam perlawanan kalah-mati bagi menentukan 4 slot lagi yang akan turut mara ke suku akhir klasifikasi tempat ke 9 hingga ke 16, dan pasukan yang kalah akan bersaing dalam klasifikasi tempat ke 17 hingga ke 20.
Pemenang mara ke suku akhir kejohanan, kalah mara ke klasifikasi Tempat Ke-9 hingga Ke-16.
Pemenang mara ke suku akhir klasifikasi Tempat Ke-9 hingga Ke-16, kalah mara ke separuh akhir klasifikasi Tempat Ke-17 hingga Ke-20.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.