Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2014 yang diarahkan oleh Hashim Rejab dan dibintangi oleh Fad Bocey, Achey Bocey, Abam Bocey, Epy Kodiang, Yassin Yahya. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Komedi / Seram. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Ogos 2014.
Filem ini mula ditayangkan pada 14 Ogos 2014 dan pengedarannya diuruskan oleh Metrowealth Pictures. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu.
Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa mengisahkan kehidupan suka duka tiga orang sahabat baik. Rudy (Achey) bekerja sebagai pelakon tambahan dan sering memainkan watak hantu didalam setiap filem yang di ceburinya. Akhiruddin (Abam) bekerja sebagai perkerja di stesen minyak. Remy (Fad) ialah seorang pengilap kasut di kaki lima di kota raya. Kehidupan mereka adalah kehidupan bujang zaman sekarang di mana tatkala hujung bulan terpaksa mengikat perut dan sebagainya. Mereka menyewa rumah milik Pak Cik Osman (Yasin SYJ) di mana sudah 3 bulan sewa mereka tertunggak. Pak Osman sering meminta duit sewa dari mereka kerana niatnya ingin menunaikan haji dengan tambahan duit sewa mereka yang tertunggak namun ada sahaja alasan yang di beri oleh mereka. Satu hari, anak saudara Pak Cik Osman – Saipol (Epy Kodiang) merupakan mat rempit ingin menumpang menyewa rumah mereka. Pada malam tersebut, Saipol telah memenangi perlumbaan motor haram dan membawa RM 10,000 ke rumah sewa. Rudy pula secara kebetulan pulang selepas berlakon dengan kostum pontianaknya dan mengakibatkan Saipol terkejut dan mati. Akhiruddin dan Remy secara kebetulan pulang pada masa yang sama. Panik dan memikirkan apa yang perlu di lakukan dengan mayat Saipol.
Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini dihasilkan oleh Metrowealth Pictures.
Filem ini dikelaskan sebagai P13 dengan bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.