Niezam Zaidi |
---|
Kelahiran | Mohd Niezam bin Mohd Zaidi (1992-10-26) 26 Oktober 1992 (umur 32)
|
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Tahun aktif | 2012–kini |
---|
Ketinggian | 179 cm (5 ft 10) |
---|
Mohd Niezam Mohd Zaidi (lahir 26 Oktober 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.
Kehidupan peribadi
Niezam dilahirkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik.[1]
Dalam temuramah bersama mStar Online pada 2014, Niezam mendedahkan dirinya masih terlalu jauh untuk berada pada kedudukan sama dengan pelakon Farid Kamil.[2]
Kerjaya
Bakat Niezam Zaidi dalam bidang lakonan dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Niezam mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Mikail Andre, Adibah Yunus, Wawa Zainal dan Shima Anuar.[3]
Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang mengisahkan tentang kehidupan pasukan askar Wataniah, yang memulakan siaran di Astro Prima pada 16 September 2012.[4] Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi arahan Hashim Rejab, Budak Pailang yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.[5]
Pada 21 Februari 2013, Nizam meneruskan kerjasamanya bersama Hashim dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang menggandingkannya bersama Intan Ladyana, ia mengisahkan tentang Zainal, seorang lelaki yang merasa tertekan dan tidak berpuas hati dengan kehidupan perkahwinannya sekarang, berfikir kembali kepada masa lalu ketika dia seorang pelajar nakal yang jatuh cinta dengan Azura.[6]
Beliau berlakon di samping Atikah Suhaime, Bella Dally dan Intan Ladyana dalam siri drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre yang bersiaran di TV3.[7][8]
Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.[9]
Niezam berlakon di samping Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson dalam siri drama romantik Mencintaimu. Beliau meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 dan bekerja secara bebas dengan syarikat penerbitan lain, Niezam berkata: "Kebanyakkan filem-filem saya dari MIG jadi saya tak ada masa untuk berlakon dengan produksi lain. Itu antara sebab saya keluar dari MIG."[10]
Beliau muncul bersama Shenthy Feliziana dalam filem Mat Moto arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 24 Disember 2015.[11]
inap desa di Kuala Kangsar[12]
[12]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2014
|
Misteri Bulan Madu
|
Iman
|
Unifi TV
|
Telefilem pertama
|
Kem Cuci Tangan (Kecut)
|
Niezam
|
|
Jangan Ambil Nyawa Aku
|
Fikri
|
|
Gugurl Propa
|
Sheriff
|
|
2015
|
Jodoh Memamg Tak Pergi Ke Mana
|
Sofian aka Pian
|
|
2016
|
Last Kopek
|
|
DVD
|
|
Rajuk
|
Azmil
|
TV9
|
|
Bedah Motor
|
Ameer
|
|
Menantuku Rock
|
Awie Rock
|
Astro Ria
|
|
2017
|
Beringin
|
Daniel
|
Astro Citra
|
|
Bukan Cinta Biasa
|
Wazir
|
TV2
|
|
Kembalikan Syawalku
|
|
Astro Citra
|
|
2019
|
Saka Zain Jusoh
|
|
|
Al-Kisah Dua Roda
|
|
TV1
|
Penampilan khas
|
2020
|
Cik Petir Putrajaya
|
|
TV3
|
|
2024
|
Syurga Yang Tersia
|
Arman
|
|
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Tahun
|
Anugerah
|
Kategori
|
Karya tercalon
|
Keputusan
|
2013
|
Anugerah Blokbuster ke-2
|
Hero Baru Terhebat
|
Budak Pailang
|
Tercalon
|
Rujukan
Pautan luar