Mejar
Leftenan
Kapten (Captain) ialah pangkat pegawai muda Tentera Darat British dan Marin Diraja. Pangkat ini lebih atas dari leftenan dan berada dibawah mejar dengan kod pangkat NATO OF-2. Ia setaraf dengan leftenan dalam Royal Navy dan Flait Leftenan dalam Royal Air Force. Pangkat kepten dalam Royal Navy adalah lebih kanan (setaraf dengan pangkat kolonel TD/RM) dan jangan terkeliru dengan dua pangkat itu.
Tanda pangkat bahu bagi kapten ialah tiga bintang "Bath" berbucu empat atau 3 paku sebaris dan ditambah singkatan RM bagi pasukan Royal Marines.Di dalam Tentera Darat British abad ke-21, captain sering dilantik sebagai pemerintah kedua (2IC)[1] sebuah kompeni atau unit yang setaraf bersaiz 120 askar.[2]
Pangkat captain kedua wujud dalam Ordnans pada masa Pertempuran Waterloo.[3]
Dari 1 April 1918 hingga 31 Julai 1919, Royal Air Force mengekalkan pangkat pegawai muda captain. Captain RAF mempunyai tanda pangkat dua jalur berdasarkan seorang lieutenant tentera laut dengan tambahan lambang helang dan mahkota di atas jalur.[4] Ia telah digantikan oleh pangkat flight lieutenant pada hari berikutnya.[5]