Kompeni dipecahkan menjadi 3 ataupun 4 platun. Sebaliknya, 3 ataupun 4 Kompeni digabungkan menjadi satu batalion.
Organisasi
Lazimnya, satu kompeni dianggotai oleh 110 hingga 200 orang anggota, tertakluk kepada peranan dan penyusunan serta kelengkapan kompeni tersebut disusun. Bilangan anggota berubah mengikut tugasan dan formasi tentera yang terlibat. Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang Mejar, dan kadangkala oleh seorang Kapten.
Kompeni biasanya diberikan nama mengikut huruf abjad, iaitu kompeni “A”, Kompeni “B”, Kompeni “C” dan sebagainya. Lazimnya, anggota tentera mengunakan huruf fonetik, menjadikan panggilan Kompeni “Alpha”, Kompeni “Bravo”, Kompeni “Charlie” dan sebaginya.
Dalam Tentera Darat Malaysia, Batalion-Batalion Infantri mempunyai 3 kompeni infantri dan disokong oleh sebuah Kompeni Markas dan sebuah Kompeni Bantuan. Setiap Kompeni mempunyai 3 Platun dan disokong oleh satu elemen Kompeni Markas (Perintah). Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang Mejar ataupun Kapten. Kompeni Markas juga mempunyai Sarjan Mejar Kompeni untuk membantu Ketua Kompeni dalam urusan pentadbiran.
Batalion infantri biasanya diberikan nama mengikut huruf abjad, iaitu kompeni “A”, Kompeni “B”, Kompeni “C” dan sebagainya. Lazimnya, anggota tentera menggunakan huruf fonetik, menjadikan panggilan Kompeni “Alpha”, Kompeni “Bravo”, Kompeni “Charlie” dan sebagainya.
Pasukan Artileri menggunakan nama Bateri untuk unit mereka dengan saiz yang sama. Bateri artileri dinamakan mengikut huruf abjad, dan kekuatan kompeni berkisar kepada bilangan dan jenis meriam yang dilengkapkan.
Tentera Darat British menyusun kompeni mereka sepertimana disusun oleh Tentera Darat Malaysia. Kompeni di dalam Tentera Darat British biasanya diperintah oleh Mejar, dengan seorang Kapten sebagai Penolong Pegawai Memerintah, dan dibantu oleh dua orang Pegawai Tanpa Tauliah Kanan iaitu Sarjan Mejar Kompeni dan Kuartermaster Sarjan kompeni.