Syarikat

Ibu pejabat syarikat konglomerat Kumpulan Sunway di Selangor, Malaysia.

Syarikat (Jawi: شريكت serapan Arab: شَرِكَة, rumi: syarikah bentuk ism kata kerja شَارَكَsyāraka "berkongsi"[1][2]), firma atau perusahaan ialah badan atau institusi perusahaan atau perniagaan sah yang ditubuhkan untuk menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kepada pengguna. Syarikat paling berpengaruh dalam ekonomi kapitalis, kebanyakannya dimiliki orang perseorangan atau kumpulan dan dibentuk untuk mendapatkan keuntungan yang akan meningkatkan kekayaan pemiliknya dan mengembangkan perniagaan daripadanya.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 199. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Beg, Muhammad Abdul Jabbar (1983). Arabic loan-words in Malay: A comparative study. University of Malaya Press. m/s. 136. ISBN 967999001X.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!