Kabinet Sjahrir Pertama ialah kabinet Republik Indonesia yang dibentuk selepas Kabinet Wiranata Koesoemah dan memerintah antara 14 November 1945 – 12 Mac 1946. Perbezaan utama antaranya dengan kabinet sebelum adalah bahawa para menteri dalam kabinet ini dilantik daripada parti-parti politik.
Susunan kabinet
Catatan:
- Pada bulan Januari 1946, S. Josodiningrat yang tidak berparti dilantik menjadi Menteri Muda Keamanan Rakyat sebagai pengganti untuk Abdul Murad.
- Pada 3 Januari 1946. Amir Sjarifuddin digantikan oleh Mohammad Natsir yang berasal dari parti Masyumi.
- Pada 5 Disember 1945, Soenarjo Kolopaking digantikan oleh Soerachman Tjokrodisoerjo, calon bebas.
- Pada 5 Disember 1945, Adji Darmo Tjokronegoro digantikan oleh Soedarsono (PSI).
Sumber: Susunan Kabinet Republik Indonesia, Manggala BP-7 Pusat, 1985, antara lain.
Program kabinet
- Menyempurnakan susunan Pemerintah Daerah berdasarkan kedaulatan Rakyat.
- Menyeleraskan segala tenaga rakyat dalam usaha menegakkan negara Republik Indonesia, serta membangun masyarakat yang berdasarkan keadilan dan perikemanusiaan.
- Berusaha untuk membaiki kemakmuran rakyat, antaranya dengan jalan pembahagian makanan.
- Berusaha untuk mempercepat penyelesaian kewangan Republik Indonesia.
Lihat juga