Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (འཇིགས་མེད་གེ་སར་རྣམ་རྒྱལ་དབང་ཕྱུག་, trans. Wylie: 'jigs med ge sar rnam rgyal dbang phyug;[1], lahir 21 Februari 1980) ialah Raja Naga ke-5 Bhutan dan ketua kerabat Wangchuck.[2] Baginda naik takhta pada 14 Disember 2006, dan ditabalkan secara rasmi pada 6 November 2008. Baginda kini merupakan ketua negara yang paling muda di dunia.
Kerabat diraja
Khesar ialah putera sulung kepada Raja Naga Bhutan keempat, iaitu Jigme Singye Wangchuck, dan permaisurinya yang ketiga, Permaisuri (Ashi) Tshering Yangdon. Baginda mempunyai seorang adinda perempuan dan seorang adinda lelaki, di samping empat adik-beradik tiri perempuan dan tiga adik-beradik tiri lelaki.[3]
Semasa membuka sesi parlimen pada 20 Mei 2011, baginda mengumumkan pertunangannya dengan Jetsun Pema, berusia 21 tahun, seorang awam lahir di Thimphu pada 4 Jun 1990. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2011 di Punakha Dzong.[4][5][6]
Baginda banyak melancong ke luar negeri, selaku wakil rasmi Bhutan serta memainkan peranan penting dalam pelbagai pertubuhan kebudayaan, pendidikan dan ekonomi.
Naik takhta
Pada Disember 2005, Raja Jigme Singye Wangchuck mengumumkan hajat baginda untuk turun takhta serta-merta agar memberi laluan kepada anakanda baginda pada tahun 2008.[8] Pada 14 Disember 2006, baginda mengumumkan yang baginda menuruni takhta dan menyerahkannya kepada Khesar Wangchuck.[9]
Khesar secara rasminya dimahkotakan pada 6 November 2008 di istana diraja di Thimphu. Istiadat pertabalan gilang-gemilang terdiri daripada upacara kuno yang berwarna-warni dihadiri ribuan tetamu kehormat dari luar negeri, termasuk Presiden IndiaPratibha Patil, Sonia Gandhi, Menteri Luar Pranab Mukherjee dan bintang-bintang Bollywood.[10]CNN melaporkan rakyat jelata mengecat papan tanda, menggantungkan sepanduk keraian, menghiasi bulatan trafik dengan bunga segar untuk meraikan naik takhta raja baru.[11] Baginda menjadi raja termuda di dunia pada usia 28 tahun.[10]
Pencapaian selaku raja
Raja muda ini memulakan pemerintahan yang luar biasa dengan menyaksikan pendemokrasian negara baginda, dengan mengetuai sesi terakhir parlimen ketika itu yang mempertimbangkan undang-undang pengundian, pembaharuan dasar tanah dan pelbagai isu penting yang lain.[12] Baginda pernah bertitah bahawa generasi rakyat Bhutan masa ini memikul tanggungjawab memastikan kejayaan demokrasi. Baginda juga banyak menjelajah negara baginda agar menggalakkan orang ramai menyertai pelaksanaan demokrasi akan datang, terutamanya kepada golongan muda mengenai perlunya rakyat Bhutan mencapai peningkatan mutu tidak kira dari segi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan awam dan perlunya warganegara kecil ini lebih gigih berusaha berbanding warganegara lain.[13][14]
Baginda menandatangani perjanjian persahabatan baru dengan India pada bulan Februari 2007, yang menggantikan perjanjian lama pada tahun 1949.[15] Kebanyakan inisiatif kerajaan dijalankan oleh raja baru ini yang berazam untuk mengukuhkan sistem agar bersedia mengalami perubahan demokratik pada tahun 2008. Setelah lama menunggu selesainya pilihan raya parlimen, akhirnya pada bulan Julai 2008 ditetapkan tarikh pemahkotaan baginda.[16][10]
Rujukan
^"A Legacy of Two Kings". Bhutan Department of Information Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2012. Dicapai pada 6 November 2008.