Haitham bin Tariq Al Said |
---|
|
|
Pemerintahan | 11 Januari 2020 – kini |
---|
Didahului oleh | Qaboos bin Said |
---|
|
Keputeraan | (1954-10-13) 13 Oktober 1954 (umur 70) Muscat, Muscat dan Oman |
---|
Ahad bint Abdallah bin Hamad Al Saïd |
Anakanda | Dhiyazan bin Haitham Al-Saïd Balarab bin Haitham Al-Saïd Thuraya bint Haitham Al-Saïd Omaima bint Haitham Al-Saïd |
---|
Kerabat | Al Said |
---|
Ayahanda | Tariq bin Taimur |
---|
Bonda | Shawana bint Hamud Al-Busa’idiyah |
---|
Agama | Islam Ibadi |
---|
Haitham bin Tariq Al Said (Arab: هيثم بن طارق آل سعيد, rumi: Haytham bin Ṭāriq Āl Saʿīd; diputerakan 13 Oktober 1954)[1] ialah Sultan Oman yang naik takhta menggantikan sepupunya, Almarhum Sultan Qaboos bin Said pada 11 Januari 2020, sehari selepas Sultan Qaboos mangkat kerana kegeringan tua.[2] Baginda sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Warisan dan Budaya di Kesultanan Oman.[3][4]
Biografi
Haitham bin Tariq ialah ahli kerabat diraja Oman Al Said dan merupakan graduan 1979 Rancangan Khidmat Asing (FSP) Universiti Oxford (FSP).[5] Paduka ayahanda Haitham ialah Tariq bin Taimur, paduka putera kepada Taimur bin Feisal (sultan 1913–1932). Paduka adindanya Asa'ad bin Tariq bin Taimur al Said ialah Timbalan Perdana Menteri.
Peranan
Baginda dahulu merupakan ketua Persatuan Bola Sepak Oman yang pertama pada awal 1980-an dan digambarkan sebagai penggemar sukan.[6] Baginda berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi Hal Ehwal Politik dari 1986 hingga 1994, dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (1994–2002). [7][8] Baginda kemudian dilantik sebagai Menteri Warisan dan Budaya pada pertengahan 1990-an.[3] Baginda biasanya mewakili Oman di luar negara.[9]
Baginda juga Pengerusi jawatankuasa bagi visi masa depan "Oman 2040″ serta presiden kehormat Persatuan untuk Orang Kurang Upaya Oman dan presiden kehormat "Persatuan Persahabatan Oman-Jepun."[10]
Pewarisan
Selepas kemangkatan paduka sepupu baginda Sultan Qaboos pada 10 Januari 2020, Haitham bin Tariq menggantikan baginda sebagai Sultan Oman pada hari berikutnya selepas mengangkat sumpah sebelum sesi darurat Majlis Oman di Al-Bustan.[11] TV negara Oman berkata pihak berkuasa telah membuka surat oleh Sultan Qaboos bin Said menamakan penggantinya, mengumumkan tidak lama bahawa Haitham bin Tariq Al Said ialah sultan pemerintah negara.[12]
Keturunan
| | | | | | | 8. Faisal bin Turki |
| |
| |
|
| 4. Taimur bin Feisal | |
| |
| | | |
|
| 9. Aliya bint Thuwaini Al Said |
| |
| |
|
| 2. Tariq bin Taimur | |
| |
| | | | | |
|
| 10. Ali bin Salim |
| |
| |
|
| 5. Fatima bint Ali Al Said | |
| |
| | | |
|
| 11. Aliya bint Barghash Al Said |
| |
| |
|
| 1. Haitham bin Tariq Al Said | |
|
| | | | | | | |
|
| |
| |
| |
|
| 6. Hamud Al-Busa’idiyah | |
| |
| | | |
|
| |
| |
| |
|
| 3. Shawana bint Hamud Al-Busa’idiyah | |
| |
| | | | | | | | | | | | | |
Rujukan
Pemerintah monarki negara berdaulat kini |
---|
Afrika | |
---|
Asia | |
---|
Eropah | |
---|
Amerika | |
---|
Oceania | |
---|
Templat:Sultans of Oman
Templat:Leaders of Arab League member states
Templat:Oman-bio-stub