Harald V (diputerakan pada 21 Februari 1937) merupakan seorang Raja Norway. Baginda mewarisi gelaran raja Norway selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Olav V pada 17 Januari 1991. Baginda merupakan ahli Kerabat Glücksburg, sebuah kerabat asalnya dari Utara Jerman. Baginda menjadi putera pertama berkelahiran Norway sejak Raja Olav IV, yang diputerkan pada tahun 370. Baginda dahulu pernah memegang jawatan ketua Gereja Norway dan Tentera Darat Norway. Baginda memiliki seorang putera dan puteri iaitu Putera Haakon dan Puteri Märtha Louise.
Baginda berkait rapat dengan raja-raja di Eropah. Baginda merupakan saudara pertama Raja Philippe dari Belgium dan Duke Henri dari Luxembourg. Sepupu baginda kedua pula ialah Ratu Margrethe II dari Denmark dan Ratu Elizabeth II.
Pada 2015, baginda menjadi raja pertama yang melawat Antartika, khususnya baginda melawat wilayah tuntutan Norway di situ iaitu Tanah Permaisuri Maud.
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Harald 05 Of Norway
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
King of Norway
|
Tarikh kelahiran
|
21 February 1937
|
Tempat kelahiran
|
Skaugum, Norway
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|
Pemerintah monarki negara berdaulat kini |
---|
Afrika | |
---|
Asia | |
---|
Eropah | |
---|
Amerika | |
---|
Oceania | |
---|