Jawatankuasa Kesihatan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kesihatan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi kesihatan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kesihatan dan pengerusinya,