Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955 merupakan jemaah menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan pada 1 Ogos 1955. Kabinet ini dibentuk semasa British masih lagi menjajah Tanah Melayu. Kabinet ini dibentuk selepas parti Perikatan menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 1955 di seluruh Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.
Kabinet Jemaah Menteri ini masih lagi mengandungi pegawai tinggi British. Kesemua 15 jemaah menteri ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivary pada 4 Ogos 1955 di King's House, Kuala Lumpur setelah Raja-raja Melayu mengesahkannya mengikut Perjanjian Persekutuan. 15 jemaah menteri ini mengangkat sumpah taat setia menjalankan tugas dan akuan rahsia pada 9 Ogos 1955 di hadapan Ketua Hakim Mr. Prethaser.
Kepimpinan kabinet ini dilanjutkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, walaupun terdapat beberapa rombakan dengan penambahan portfolio baharu selepas kemerdekaan. Kabinet ini dibubarkan dengan sebuah pilihan raya umum pertama pascakemerdekaan yang diadakan pada 19 Ogos 1959.
Kabinet persekutuan selepas merdeka mengandungi anggota berikut::[7]
Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk pimpinan kerajaan.[8]
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.