Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
جابتن مينرال دان ڬيوساءين س مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari kerajaan
Dibentuk1 Julai 1999; 25 tahun yang lalu (1999-07-01)
Agensi-agensi terdahulu
  • Jabatan Penyiasatan Kajibumi
  • Jabatan Galian
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 9, Menara PjH, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya
Eksekutif kerajaan
  • YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, F.I.G.M., Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Penyiasatan Kajibumi 1974
  • Akta Pembangunan Mineral 1994
Laman sesawang
www.jmg.gov.my

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن مينرال دان ڬيوساءين س مليسيا; singkatan: JMG) merupakan salah satu jabatan kerajaan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES). Jabatan ini berperanan menguruskan pengendalian eksplorasi mineral dan perlombongan galian serta melakukan penyiasatan dan penyimpanan maklumat berkaitan kajian pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geokimia, geofizik, dan bidang-bidang lain, kesemuanya secara sistematik.

Ketua Pengarah JMG ialah YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, F.I.G.M.

Sejarah penubuhan

JMG merupakan hasil penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan Jabatan Galian. Penggabungan ini merupakan keputusan Kementerian Perusahaan Utama setelah mendapat kelulusan Kabinet yang bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua jabatan kerajaan. Pelaksanaan pengabungan bermula pada 1 Januari 2000 setelah semua kakitangan diberi pilihan sama ada untuk berkhidmat di Jabatan baru atau diberi pilihan bersara.



Jabatan Galian

Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh pentadbiran British bagi tujuan pengawalseliaan aktiviti perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A Geddie seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian Pertama. Tahukah anda bahawa Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dahulunya terletak dibawah pentadbiran Jabatan Galian dibawah cawangan Machinery. Ini adalah kerana pada waktu itu, jentera-jentera kebanyakkannya tertumpu di sektor perlombongan yang mana merupakan perusahaan utama pada waktu itu. Tugasan keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksankan di Malaysia adalah pada tahun 1878.

Enakmen perlombongan negeri telah mula diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1891 bagi mengawal selia operasi perlombongan. Dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan bijih timah, enakmen bijih mineral negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Perak pada tahun 1893.

Jabatan Penyiasatan Kajibumi

Sejarah penubuhan Jabatan Penyiasatan Kajibumi bermula sejak tahun 1903 apabila Pejabat Kajibumi diasaskan di Kuala Lumpur oleh pentadbiran British. Penubuhan awal Pejabat Kajibumi ialah untuk menjalankan aktiviti berkaitan kajibumi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Pada tahun 1908, Pejabat Kajibumi dipindahkan ke Batu Gajah, Perak. Tujuan perpindahan ini ialah untuk kajian dan penyelidikan lapangan berikutan penemuan deposit bijih timah besar-besaran di Lembah Kinta.

Pada tahun 1927, Pejabat Kajibumi dinaiktaraf menjadi Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaya. Aktiviti jabatan diperluaskan ke Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Pada tahun 1957, Ibu pejabat Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaya dipindahkan ke Ipoh, Perak.

Pada tahun 1963, nama jabatan ini ditukar kepada Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia Timur. Pada tahun ini juga Jabatan Penyiasatan Kajibumi Jajahan British Borneo ditukar nama kepada Jabatan Penyiasatan Kajibumi Wilayah Borneo. Pada tahun 1968, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia Timur dan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia Borneo digabungkan di bawah satu pentadbiran berpusat di Ipoh, Perak.

Pada tahun 1973, ibu pejabat dipindahkan sekali lagi dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1999, jabatan ini bergabung dengan Jabatan Galian membentuk Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG).

Penggabungan

Struktur organisasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah diluluskan dan diwartakan pada 1 Julai 1999 dan diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada April 2004, JMG telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berikutan penyusunan semula Kabinet. Pada Jun 2018, JMG telah diletakkan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia (KATS) berikutan penyusunan semula Kabinet. Pada tahun 2020, JMG ditempatkan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Visi dan Misi

Visi

Menjadikan JMG sebagai organisasi terunggul dalam sektor mineral dan geosains di rantau ini setanding dengan yang terbaik di dunia.

Misi

Menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi, kualiti hidup, sosial dan alam sekitar melalui penggunaan maklumat dan perkhidmatan mineral geosains yang berkesan.

Pengurusan dan pentadbiran

Muzium Geologi di Kompleks JMG di Ipoh, Perak.

Pengurusan tertinggi JMG diterajui oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).

Ibu pejabat JMG terletak di Menara PjH, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

JMG mempunyai 10 pejabat negeri yang diketuai oleh Pengarah Negeri iaitu:

  1. JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang di Alor Setar, Kedah.
  2. JMG Perak di Ipoh, Perak.
  3. JMG Selangor / Wilayah Persekutuan di Shah Alam, Selangor.
  4. JMG Negeri Sembilan / Melaka di Seremban, Negeri Sembilan.
  5. JMG Johor di Johor Bahru, Johor.
  6. JMG Pahang di Kuantan, Pahang.
  7. JMG Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu.
  8. JMG Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.
  9. JMG Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.
  10. JMG Sarawak di Kuching, Sarawak.

Selain itu, JMG turut mempunyai Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) di Ipoh, Perak.

Satu pejabat cawangan iaitu JMG Perlis telah ditubuhkan di Kangar, Perlis pada tahun 2020.

Aktiviti jabatan

Majlis Perasmian Tapak Terpelihara Geowarisan Batu Rijang di Bukit Larek, Kedah atas inisiatif bersama JMG dan kerajaan negeri Kedah.

Eksplorasi Mineral

  1. Eksplorasi mineral berlogam.
  2. Eksplorasi mineral perindustrian.
  3. Eksplorasi mineral tenaga.

Perkhidmatan Geosains

  1. Pemetaan geologi.
  2. Penilaian warisan geologi.
  3. Perkhidmatan geologi kejuruteraan.
  4. Perkhidmatan hidrogeologi.
  5. Aktiviti geologi alam sekitar.

Perkhidmatan Lombong Dan Kuari

  1. Aktiviti pembangunan lombong dan kuari.
  2. Kawalselia dan penguatkuasaan operasi lombong dan kuari.
  3. Khidmat nasihat dan kepakaran.

Penyelidikan Dan Pembangunan

Perkhidmatan Makmal

  1. Perkhidmatan Analisis Geokimia
  2. Perkhidmatan Analisis Mineralogi dan Petrologi

Penglibatan nasional

Pembangunan sumber air tanah

JMG merupakan jabatan kerajaan yang mempelopori aktiviti penggerudian air tanah dan pembinaan telaga tiub untuk kegunaan masyarakat setempat selain pemantauan dan pemodelan sumber air tanah.

Eksplorasi sumber mineral

JMG mempunyai kepakaran dan telah melaksanakan eksplorasi mineral berlogam dan bukan logam di kawasan tanah milik kerajaan sebagai usaha mengenal pasti, menentukan potensi dan menilai rizab mineral. Antara mineral yang dieksplorasi ialah unsur nadir bumi (REE), bijih timah, bijih besi, emas, batu kapur, dolomit dan felspar yang kemudian dinilai sebagai komoditi utama negara.

Pembangunan geopark

JMG diberi peranan utama oleh kerajaan menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk menilai dan membangunkan kawasan-kawasan yang dirancang sebagai geopark kebangsaan, iaitu Geopark Jerai, Geopark Lembah Kinta, Geopark Mersing, Geopark Perlis, Geopark Lenggong dan Geopark Gunung Kinabalu. Usaha ini merangkumi kerjasama erat dengan penyelidik tempatan, masyarakat setempat dan kerajaan negeri.

Pengurusan geobencana

JMG juga mempunyai kepakaran dalam mengenalpasti dan mengawal pembangunan agar tidak terpengaruh dengan geobencana seperti lubang benam, zon sesar aktif dan gempa, bahaya cerun, runtuhan tebing dan lereng bukit dan sebagainya. Usaha ini melibatkan kajian lapangan, pemodelan kawasan pembangunan dan ulasan teknikal kepada perancang bandar dan desa serta kerajaan negeri.

Pengurusan dan Penguatkuasaan terhadap Industri Perlombongan dan Pengkuarian

JMG berperanan untuk melaksanakan dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral, disamping mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan terutama melalui Akta Pembangunan Mineral 1994 dalam memastikan aktiviti perlombongan mineral serta aktiviti berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan sistematik.

Read other articles:

Apokrita Apocrita TaksonomiKerajaanAnimaliaFilumArthropodaKelasInsectaOrdoHymenopteraUpaordoApocrita Gerstaecker, 1867 Superfamili Aculeata Superfamily Apoidea Superfamily Chrysidoidea Superfamily Vespoidea Parasitica Superfamily Ceraphronoidea Superfamily Chalcidoidea Superfamily Cynipoidea Superfamily Diaprioidea Superfamily Evanioidea Superfamily Ichneumonoidea Superfamily Megalyroidea Superfamily Mymarommatoidea Superfamily Platygastroidea Superfamily Proctotrupoidea Superfamily Stephanoi...

 

  لمعانٍ أخرى، طالع مارك مولر (توضيح). مارك مولر   معلومات شخصية الميلاد 15 أبريل 1989 (34 سنة)  ريجاينا  مواطنة كندا  الحياة العملية المهنة لاعب كرة قدم كندية  الرياضة كرة القدم الكندية  تعديل مصدري - تعديل   مارك مولر هو لاعب كرة قدم كندية كندي، ولد في 15 أبري...

 

Berghofen Stadt Dortmund Koordinaten: 51° 29′ N, 7° 32′ O51.4783333333337.5297222222222130Koordinaten: 51° 28′ 42″ N, 7° 31′ 47″ O Höhe: ca. 130 m ü. NHN Fläche: 5,04 km² Einwohner: 11.895 (31. Dez. 2022)[1] Bevölkerungsdichte: 2.358 Einwohner/km² Eingemeindung: 1. August 1929 Postleitzahlen: 44267–44269, 44287 Vorwahl: 0231 Statistischer Bezirk: 42 Karte Lage von Berghofen in ...

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada Januari 2023. International Theory  Singkatan (ISO)Int. Theor.Disiplin ilmuIlmu politikBahasaInggrisDetail publikasiPenerbitCambridge University Press (Britania Raya)Sejarah penerbitan2009–sekarangFrekuensiTritahunanFaktor dampak1,051 (2014)PengindeksanI...

 

Datu Mangku AdatAdjim ArijadiB.ScLahir(1940-07-07)7 Juli 1940Mali-Mali, Hindia Belanda(kini Kabupaten Banjar)Meninggal1 Januari 2016(2016-01-01) (umur 75)BanjarmasinKebangsaanIndonesiaAlmamaterAkademi Seni Drama dan Film (ASDRAFI) YogyakartaTahun aktif1963 - 2015OrganisasiYayasan Sanggar Budaya Kalimantan SelatanDikenal atasSeniman, Sastrawan, BudayawanGelarBapak Teater Modern Kalsel Datu Mangku Adat Datu IlalangPasanganHj. Ely Rahmi, S.Sos, MMAnakHijromi Arijadi Putera ; Ikhwa...

 

Modi'in-Maccabim-Re'ut מוֹדִיעִין-מַכַּבִּים-רֵעוּת [[Modi'in-Maccabim-Re'ut|]]Didirikan2003 (penyatuan)1993 (Modi'in)1985 (Maccabim)1987 (Re'ut)Pemerintahan • Jenis(sejak 2003) • Wali kotaHaim BeebasLuas • Total50.176 dunams (50,176 km2 or 19,373 sq mi)Populasi (2010)[1] • Total74.300[1]Situs webhttp://www.modiin.muni.il Modi'in-Maccabim-Re'ut (Ibrani: מוֹדִ

Group of animals that walk on the tips of their toes or hooves For elephants and relatives, sometimes called ungulates or subungulates, see Paenungulata. UngulateTemporal range: Paleocene–present PreꞒ Ꞓ O S D C P T J K Pg N image from top to left: giraffe, plains bison, dromedary, red deer, wild boar, orca (Cetacea), plains zebra, indian rhinoceros, and brazilian tapir. Scientific classification Domain: Eukaryota Kingdom: Animalia Phylum: Chordata Class: Mammalia Clade: Pan-Euungulata M...

 

2023 historical miniseries Fellow TravelersGenre Historical romance Political thriller Created byRon NyswanerBased onFellow Travelersby Thomas MallonStarring Matt Bomer Jonathan Bailey Jelani Alladin Linus Roache Noah J. Ricketts Allison Williams ComposerPaul Leonard-MorganCountry of originUnited StatesOriginal languageEnglishNo. of episodes8ProductionExecutive producers Matt Bomer Daniel Minahan Ron Nyswaner Robbie Rogers Dee Johnson ProducerAnya LetaCinematography Simon Dennis Ronald Plante...

 

2022 studio album by SkilletDominionStudio album by SkilletReleasedJanuary 14, 2022 (2022-01-14)Recorded2020–2021Length45:35LabelAtlanticProducer Kane Churko Kevin Churko Michael O'Connor Seth Mosley Skillet chronology Victorious(2019) Dominion(2022) Singles from Dominion Surviving the GameReleased: September 15, 2021 Standing in the StormReleased: November 12, 2021 RefugeReleased: December 10, 2021 DominionReleased: January 7, 2022 Psycho in My HeadReleased: December...

2006 studio album by Jay-ZKingdom ComeStudio album by Jay-ZReleasedNovember 21, 2006Studio Baseline Studios (New York City) Sony Music Studios (New York City) Studios 301 (Australia) GenreHip hopLength59:21LabelRoc-A-FellaDef JamProducerShawn Carter (exec.)Antonio L.A. Reid (co-exec.)B-MoneyMark BatsonDJ KhalilDr. DreJust BlazeThe NeptunesChris MartinRik SimpsonSwizz BeatzSyienceKanye WestJay-Z chronology Collision Course(2004) Kingdom Come(2006) American Gangster(2007) Singles from K...

 

Not to be confused with Sky Fox. Video game series This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Spy Fox – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (August 2011) (Learn how and when to remove this template message) Video game seriesSpy FoxSpy FoxGenre(s)Adventure, EdutainmentDeveloper(s)Humongous Entert...

 

Country on the west coast of Southern Africa This article is about the modern country since 1992. For the former country from 1975 to 1992, see People's Republic of Angola. This article is about the country. For other uses, see Angola (disambiguation). Republic of AngolaRepública de Angola (Portuguese) Flag Emblem Motto: Virtus Unita Fortior (Latin)(English: Virtue is stronger when united)Anthem: Angola Avante(English: Onwards Angola)Show globeShow map of AfricaShow map o...

Nama panjang: Persetujuan Paris di bawah Konvensi Kerangka Kerja Perubahan Iklim Perserikatan Bangsa-Bangsa   Negara anggota   Penanda tangan   Pihak dicakupi ratifikasi Uni Eropa   Persetujuan tidak berlakuDirancang30 November – 12 Desember 2015 di Le Bourget, PrancisDitandatangani22 April 2016LokasiParis, PrancisDimeterai12 Desember 2015Efektif4 November 2016SyaratRatifikasi oleh setidaknya 55 negara anggota UNFCCC yang mewakili 55% emisi gas rumah ...

 

Railway station in Aberdeenshire, Scotland, UK WartleGeneral informationLocationWartle, AberdeenshireScotlandGrid referenceNJ720301Platforms1Other informationStatusDisusedHistoryOriginal companyBanff, Macduff and Turriff Junction RailwayPre-groupingGreat North of Scotland RailwayKey dates5 September 1857[1]Opened to passengers and goods1 October 1951[1]Closed to passengers10 August 1964[2]Closed to goods Wartle railway station was a railway station that served local fa...

 

R. J. RummelLahirRudolph Joseph Rummel(1932-10-21)21 Oktober 1932Cleveland, Ohio, Amerika SerikatMeninggal2 Maret 2014(2014-03-02) (umur 81)Kaneohe, Hawaii, Amerika SerikatPendidikanUniversitas Hawaii(B.A., Ilmu Pengetahuan Politik, 1959)(M.A., Ilmu Pengetahuan Politik, 1961)Northwestern University(Ph.D., Ilmu Pengetahuan Politik, 1963)PekerjaanIlmuwan PolitikTempat kerjaUniversitas Indiana (1963–1964)Universitas Yale (1964–1966)Universitas Hawaii (1966–1995)Dikenal atasPenelitian ...

Search engine MetaCrawlerType of siteMetasearch engineAvailable inEnglishOwnerSystem1URLmetacrawler.comRegistrationNoLaunchedJuly 7, 1995; 28 years ago (1995-07-07) MetaCrawler is a search engine. It is a registered trademark of InfoSpace and was created by Erik Selberg. It was originally a metasearch engine, as its name suggests. Throughout its lifetime it combined web search results from sources including Google, Yahoo!, Bing (formerly Live Search), Ask.com, About.com...

 

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Calama, Chile – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2011) (Learn how and when to remove this template message) City and Commune in Antofagasta, ChileCalamaCity and CommuneFrom left to right: Norte Grande, Historical town of Ayquina, Codelco corpora...

 

Australia ai XVIII Giochi olimpici invernaliNagano 1998 Codice CIO AUS Comitato nazionale AOC Atleti partecipanti 24 in 8 discipline Di cui uomini/donne 16 - 8 Portabandiera Richard Nizielski Medagliere Posizione 22ª 0 0 1 1 Cronologia olimpica (sommario) Giochi olimpici estivi 1896 · 1900 · 1904 · 1908* · 1912* · 1920 · 1924 · 1928 · 1932 · 1936 · 1948 · 1952 · 1956 · 1960 · 1964 · 1968&...

Apple cultivar Malus domestica 'Cornish Gilliflower'Cultivar'Cornish Gilliflowerr'Originintroduced 1813[1] The Cornish Gilliflower is a cultivar of apple. This cultivar was found in a cottage garden in Truro, Cornwall, England, UK, in about 1800[2] and in 1813 was brought to the attention of the Royal Horticultural Society by Sir Christopher Hawkins, who was awarded a silver medal for his exertions.[3][4] The word 'gilliflower' is possibly a corruption of a Fre...

 

Ubun-ubunTengkorak saat lahir, menunjukkan frontal dan occipital fonticuli.anterior fontanelle manusia 1 bulanRincianPengidentifikasiBahasa Latinfonticulus anteriorTA98A02.1.00.028TA2432FMA75439Daftar istilah anatomi[sunting di Wikidata] Ubun-ubun adalah bagian puncak kepala, yang ketika semasa bayi masih lebut dan tampak bergerak turun naik; jemala. Pengawasan otoritas Basis data ilmiah Terminologia Anatomica Lain-lain Microsoft Academic 2 Artikel bertopik anatomi ini adalah sebuah rinti...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!