Kura-kura ini boleh membesar sehingga 8.9 dan 20 cm (3.5 dan 7.9 inci). Mereka bersifat semiakuatik, walaupun sifatnya bergantung kepada musim. Sifat-sifat Morfologi mereka adalah unik berbanding spesies lain.
Kura-kura Glyptemys mendiami kawasan rawa, tasik dan sungai yang mengalir perlahan. Mereka menjadikan serangga, tumbuh-tumbuhan, invertebrata kecil sebagai makanan. Kura-kura ini dilindungi habitatnya.
Taksonomi
Kini, dua spesies dikelaskan dalam genus ini, merangkumi:
Sebelum tahun 2001, Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu ditempatkan ke dalam genusClemmys, kemudian dipindahkan ke dalam genus terbaharu, Glyptemys, selepas kajian analisis morfologikal dan genetik menunjukkan bahawa mereka lebih menghampiri genus Kura-kura Bintik.[2] Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu berkongsi genetik yang serupa, menjadikan mereka berbeza berbanding Kura-kura Bintik, genusClemmys.[3]Kura-kura Kolam Barat dahulunya juga ahli dari genusClemmys, dan kemudiannya dipindahkan ke genusActinemys.[4] Kura-kura Glyptemys mempunyai 50 kromosomkariotip.[5][6]
Antara nama-nama vernakular (tempatan) lain bagi Kura-kura Rawa ialah mud turtle, marsh turtle, yellowhead, dan snapper[7] Manakala Kura-kura Kayu juga dikenali sebagai sculptured tortoise, red-legged tortoise, atau redleg.[2]
Ciri-ciri
Walaupun kura-kura Glyptemys tidak sama saiz, namun mereka berkongsi sesetengah morfologi dan sifat-sifat genetik yang serupa.
Kura-kuraGlyptemys mempunyai saiz yang sederhana dan kecil:[2][8]Kura-kura Rawa jantan membesar sehingga 9.4 cm (3.7 in) dan betina pula 8.9 cm (3.5 in)[8] manakala kura-kura Kayu sama ada jantan atau betinanya membesar sehingga 14 hingga 20 cm (5.5 hingga 7.9 in).[9]Kura-kura Rawa boleh mencapai berat sehingga 110 g (3.9 oz)[10] dan kura-kura Kayu pula sekitar 1 kg (2.2 lb) apabila matang.[11]Kura-kura Rawa dikenali daripada saiznya yang kecil, mempunyai tanda cerah pada kedua-dua lehernya[7] manakala Kura-kura Kayu pula kepalanya berwarna kelabu atau hitam gelap, dan ventralnya berwarna jingga cerah.[2]
Taburan dan Habitat
Taburan Kura-kura Kayu (kiri) memanjang ke utara berbanding Kura-kura Rawa (kanan)
Kura-kuraGlyptemys wujud di timur Amerika Utara. merangkumi selatan Nova Scotia ke Georgia dan dari barat Nova Scotia ke Minnesota.[6][12] Mereka bersifat semiakuatik dan banyak dijumpai di rawa, kawasan berair[13] dan sungai kecil, yang dasarnya berpasir.[14]
Sejarah evolusi
Semasa akhir zaman ais, Pleistocene, kura-kura Glyptemys terpaksa menuju ke hemisfera selatan disebabkan paras glasiers meningkat di sebelah utara. Selepas proses glasiasi, sesetengah koloni kura-kura kekal mendiami kawasan utara, manakala sesetengah koloni yang lain terus mendiami bahagian selatan hemisfera bumi. Disebabkan itu, terdapat fosil dari zaman Rancholabrean (300,000 ke 11,000 tahun dahulu) dijumpai di Georgia dan Tennessee, yang berada di selatan, iaitu jauh berbanding kawasan utara, kediaman asal mereka.[1][15]
Ekologi
Kura-kura ini bersifat diurnal dan menjadi aktif pada waktu pagi.[1][16] Ketika suasana sejuk di siang hari, mereka menghabiskan masa di dalam air. Namun, Kura-kura Rawa cenderung bersembunyi di balik daun-daun semak atau belukar untuk menanam dirinya.[17]
Kadangkala mereka juga melakukan Estivasi apabila cuaca terlalu panas.[14][18]
^"Glyptemys muhlenbergii". The IUCN Red List of Threatened Species. Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. 2010-11-27. Dicapai pada 2010-11-27.
^"Glyptemys insculpta". The IUCN Red List of Threatened Species. Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. 2010-11-27. Dicapai pada 2010-11-27.
Bibliografi
Bickham, John; James Parham; Hans-Dieter Philippen; Andres Rhodin; Bradley Shaffer; Phillip Spinks; Peter Paul Van Dijk (2007). "Turtle Taxonomy: Methodology, Recommendations, and Guidelines"(PDF). Chelonian Research Monographs: 73–84. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2010-06-10. Dicapai pada 2010-11-27. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
Shiels, Andrew L. (2007). "Bog Turtles Slipping Away"(PDF). Nongame and Endangered Species Unit. Commonwealth of Pennsylvania, Fish and Boat Commission. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2010-08-30. Dicapai pada 2010-05-29. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
Smith, Erika (October 2006). "Bog Turtle"(PDF). National Resources Conservation Service. Dicapai pada 2010-01-09.[pautan mati kekal]