Claudius angustatus ialah spesies kura-kura akuatik dari keluarga Kinosternidae yang dijumpai di Mexico, Guatemala, dan Belize.[1] Pada tahun 2010, ia dikelaskan sebagai spesies Monotip dari genus Claudius.[1]
Ciri-ciri
Kura-kura ini berwarna coklat. Skutnya mempunyai garisan dan berbintik seperti kayu. Biasanya mereka memiliki tanda kuning cerah pada hujung karapas (cangkerang belakang). Walau bagaimanapun apabila ia dewasa, algae meliputi seluruh cangkerangnya. Memiliki kepala yang agak besar, leher panjang dan paruh tajam. Cangkerangnya melengkung dan berombak. Walaupun dikelaskan sebagai subkeluarga Staurotypinae bersama dengan Kura-kura Kesturi Besar, mereka hanya mampu membesar sehingga 6.5 in (16.5 cm) panjang.
Perlakuan
Bersifat akuatik, dan mendiami kawasan paya, atau tasik yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan. menghabiskan masa di dasar air, mencari makanan, dan dietnya terdiri daripada serangga, haiwan invertebrata lain dan bangkai. Mereka mempunyai kelenjar di sebalik cangkerangnya yang menghasilkan bau busuk (kesturi).
Rujukan
Pautan luar
Templat:Kinosternidae