Yang Berhormat Gan Peck Cheng (Cina ringkas: 颜碧贞code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 顏碧貞code: zh is deprecated ; pinyin: Yán Bìzhēn, merupakan ahli politik wanita Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau juga adalah bekas Timbalan Speaker di dalam Dewan Negeri Johor.[1] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau menang bertanding di kawasan N23 Penggaram, negeri Johor, dan beliau menang di tempat yang sama pada tahun 2018 dan tahun 2022.
Beliau dilahirkan di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat.
Sebelum beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau bekerja sebagai guru tadika.
Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 1990 di kerusi parlimen P133 Pontian. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau bertanding di kerusi negeri Johor, N23 Penggaram, Batu Pahat. Lawannya terdiri daripada Chua Soi Lek pada tahun 1995 hingga tahun 1999 dan Koh Chee Chai pada tahun 2004 hingga tahun 2008, kedua-dua lawan dari Persatuan Cina Malaysia (MCA). Chua Soi Lek juga merupakan orang kuat di MCA Bahagian Batu Pahat sehingga menjawat Presiden MCA. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di tempat yang sama dan berjaya mengalahkan calon baru dari BN-MCA, Dr King Ban Siang dengan majoriti sebanyak 10,051 majoriti undian dan diberikan mandat untuk mentadbir bagi penggal kedua berturut-turut di kerusi yang sama melalui Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau menerima saingan yang cukup kuat melibatkan pertandingan tiga penjuru. Keputusannya, beliau berjaya memperoleh undi sebanyak 26,825 (63.79%) manakala lawannya, Kang Beng Kuan (MCA) 9,620 (22.88%) dan Misran Samian (PAS) 5,185 (12.33%). Majoriti sebanyak 17,205. Melalui statistik keputusan PRU-14, beliau memperoleh bilangan majoriti tertinggi di dalam Dewan Negeri Johor dan dilantik sebagai Timbalan Speaker selepas Pakatan Harapan diberikan mandat penuh untuk membentuk kerajaan di negeri Johor.
1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14