Dwight David Eisenhower (Jawi: دواءيت ديۏيد اءزنهاوارcode: ms is deprecated ) atau dikenali juga dengan nama panggilan Ike ialah Presiden Amerika Syarikat ke-34 yang berkhidmat dari tahun 1953 hingga 1961.
Pada Perang Dunia II, beliau adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersekutu di Eropah dengan pangkat General of the Army (Jeneral Angkatan Darat). Pada 3 Januari 1959, beliau merasmikan penetapan Alaska sebagai negeri yang ke-49 yang merupakan wilayah terluas di Amerika. Eisenhower adalah satu-satunya presiden yang pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I mahupun Perang Dunia II.
Sebelum menjadi Presiden Amerika ke-34, Dwight Eisenhower telah mempunyai kerjaya yang kukuh bidang ketenteraan. Beliau amat mahir dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota staf, dan ia menjalankan tugas di bawah tiga Jeneral, antara lain Jeneral Douglas MacArthur.
Sesudah perang, Dwight Eisenhower berturut-turut menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, Presiden Universiti Columbia di New York, dan Panglima Tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO, di Paris. Pada saat itu, baik Parti Demokrat mahupun Parti Republik memujuknya supaya bersedia menjadi calon Presiden masing-masing. Akhirnya, beliau dipilih menjadi Presiden dengan perbezaan undi yang banyak sekali.
Dengan berunding berdasarkan kekuatan tentera, Presiden Dwight Eisenhower berusaha meredakan ketegangan akibat perang dingin. Beliau antara lain berjaya mengadakan penghentian tembak-menembak sepanjang sempadan Korea Selatan, dan menutup perjanjian perdamaian yang menjadikan Austria sebuah negara neutral.
Presiden Dwight Eisenhower, yang dua kali berturut-turut menjadi Presiden hingga 1960, menyebutkan dirinya seorang sederhana.
Menentang pengawasan pemerintah atas harga-harga barang-barang dan kenaikan gaji.
Mencegah keterlibatan pemerintah dalam pertentangan antara kaum buruh dan pihak majikan.
Mendorong program-program peluru berpandu dan melanjutkan bantuan luar negeri.
Dalam awal masa pentadbirannya, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memerintahkan pengasingan kaum sekolah di seluruh Amerika. Untuk menjamin agar sekolah-sekolah di kota Little Rock di negeri Arkansas taat pada keputusan mahkamah persekutuan untuk mengadakan pengasingan kaum, Presiden Dwight Eisenhower mengirim pasukan tentera ke kota tersebut. Beliau juga memerintahkan pengasingan kaum dijalankan sepenuhnya di kalangan angkatan bersenjata Amerika.
“
Di Amerika Syarikat tidak boleh ada warga negara kelas dua
”
— Presiden Dwight D. Eisenhower
Presiden Dwight Eisenhower memusatkan perhatiannya pada usaha memelihara perdamaian dunia;
Beliau mengadakan program rakyat ke rakyat yang mengajurkan agar rakyat biasa dari semua negara saling bertemu dan berbicara untuk memupuk saling pengertian dan persahabatan. Dari program ini timbullah program hubungan persaudaraan antara kota-kota Amerika dan kota-kota negara-negara lain. Kini lebih dari 100 bandar Amerika mempunyai hubungan semacam itu dengan bandar-bandar di seluruh dunia. Program ini dinamakan bandar kembar.
Presiden Eisenhower dengan gembira menyaksikan perkembangan programnya, "atom untuk perdamaian." Dalam program itu, Amerika menyumbangkan uranium kepada negara-negara membangun demi kesejahteraan manusia. Pada 1964, Indonesia mendapat bantuan sebanyak AS$350,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan reaktor atom di Bandung.
Setelah tamat penggal
Sebelum meninggalkan Rumah Putih pada Januari 1961, Presiden Eisenhower menganjurkan agar kekuatan ketenteraan Amerika tetap dipelihara, tetapi juga memperingatkan bahwa pengeluaran anggaran belanja yang sangat besar dan terus menerus untuk keperluan ketenteraan dapat membahayakan cara hidup rakyat Amerika. Dalam kata perpisahannya, beliau berdoa semoga semua bangsa di dunia ini hidup bersama dalam damai, berdasarkan rasa kasih sayang dan saling menghargai antara sesama manusia.
Nota - Eisenhower melepaskan status aktif duty selepas beliau menjadi Presiden pada 20 Januari 1953. Beliau kembali aktif bertugas selepas melepaskan jawatan lapan tahun kemudian.
Pada tahun 2009, nama Eisenhower dimasukkan kedalam Dewan Kemasyhuran Golf Dunia bagi kategori Pencapaian Seumur Hidup kerana sumbangannya terhadap sukan tersebut.
Sebuah apartmen di puncak Istana Culzean di Scotland telah diberikan kepada General of the Army Dwight D. Eisenhower sebagai mengenang jasanya sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Lawatan pertama Eisenhower keatas Istana Culzean pada 1946 dan tinggal disana sebanyak empat kali, termasuk sekali sebagai Presiden Amerika Syarikat. Satu pameran Eisenhower memenuhi salah satu bilik, dipenuhi dengan cendera mata tentang kehidupannya.
Rujukan
Biografi am
Ambrose, Stephen (1983). Eisenhower: (vol. 1) Soldier, General of the Army, President-Elect (1893–1952). New York: Simon & Schuster.
Ambrose, Stephen (1984). Eisenhower: (vol. 2) The President (1952–1969). New York: Simon & Schuster.
D'Este, Carlo (2002). Eisenhower: A Soldier's Life.CS1 maint: ref=harv (link)
Krieg, Joann P. ed. (1987). Dwight D. Eisenhower, Soldier, President, Statesman. 24 essays by scholars.
Newton, Jim. Eisenhower: The White House Years (2011)
Parmet, Herbert S. (1972). Eisenhower and the American Crusades.CS1 maint: ref=harv (link)
Smith, Jean Edward. Eisenhower in War and Peace (Random House; 2012) 950 pages
Kerjaya tentera
Ambrose, Stephen E. (1970) The Supreme Commander: The War Years of Dwight D. Eisenhowerexcerpt and text search
Eisenhower, David (1986). Eisenhower at War 1943–1945, New York : Random House. ISBN 0-394-41237-0. A detailed study by his grandson.
Eisenhower, John S. D. (2003). General Ike, Free Press, New York. ISBN 0-7432-4474-5
Irish, Kerry E. "Apt Pupil: Dwight Eisenhower and the 1930 Industrial Mobilization Plan", The Journal of Military History 70.1 (2006) 31–61 online in Project Muse.
Jordan, Jonathan W. (2011). Brothers, Rivals, Victors: Eisenhower, Patton, Bradley, and the Partnership That Drove the Allied Conquest in Europe. NAL. ISBN978-0-451-23212-0CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pogue, Forrest C. The Supreme Command, Washington, D.C. : Office of the Chief of Military History, Dept. of the Army, 1954. The official Army history of SHAEF.
Weigley, Russell (1981). Eisenhower's Lieutenants, Indiana University Press. Ike's dealings with his key generals in World War II.
Kerjaya awam
Bowie, Robert R. and Immerman, Richard H. (1998). Waging Peace: How Eisenhower Shaped an Enduring Cold War Strategy, Oxford University Press.
Chernus, Ira (2008). Apocalypse Management: Eisenhower and the Discourse of National Insecurity, Stanford University Press.
Damms, Richard V. The Eisenhower Presidency, 1953–1961 (2002).
David Paul T., ed. (1954). Presidential Nominating Politics in 1952. 5 vols., Johns Hopkins Press.
Divine, Robert A. (1981). Eisenhower and the Cold War.
Greenstein, Fred I. (1991). The Hidden-Hand Presidency: Eisenhower as Leader.
Harris, Douglas B. "Dwight Eisenhower and the New Deal: The Politics of Preemption", Presidential Studies Quarterly, Vol. 27, 1997.
Harris, Seymour E. (1962). The Economics of the Political Parties, with Special Attention to Presidents Eisenhower and Kennedy.
Medhurst, Martin J. (1993). Dwight D. Eisenhower: Strategic Communicator Greenwood Press.
Mayer, Michael S. (2009). The Eisenhower Years, 1024 pp; short biographies by experts of 500 prominent figures, with some primary sources.
Newton, Jim. (2011) Eisenhower: The White House Years
Pach, Chester J. and Richardson, Elmo (1991). Presidency of Dwight D. Eisenhower. Standard scholarly survey.
Pensejarahan dan tafsiran oleh para sarjana
Burk, Robert. "Eisenhower Revisionism Revisited: Reflections on Eisenhower Scholarship", Historian, Spring 1988, Vol. 50, Issue 2, pp. 196–209
McAuliffe, Mary S. "Eisenhower, the President", Journal of American History 68 (1981), pp. 625–632 in JSTOR
McMahon, Robert J. "Eisenhower and Third World Nationalism: A Critique of the Revisionists," Political Science Quarterly (1986) 101#3 pp. 453–473 in JSTOR
Rabe, Stephen G. "Eisenhower Revisionism: A Decade of Scholarship," Diplomatic History (1993) 17#1 pp 97–115.
Schlesinger, Jr., Arthur. "The Ike Age Revisited," Reviews in American History (1983) 11#1 pp. 1–11 in JSTOR
Streeter, Stephen M. "Interpreting the 1954 U.S. Intervention In Guatemala: Realist, Revisionist, and Postrevisionist Perspectives," History Teacher (2000) 34#1 pp 61–74. in JSTOR
Sumber utama
Boyle, Peter G., ed. (1990). The Churchill–Eisenhower Correspondence, 1953–1955. University of North Carolina Press.
Boyle, Peter G., ed. (2005). The Eden–Eisenhower correspondence, 1955–1957. University of North Carolina Press. ISBN 0-8078-2935-8
Butcher, Harry C. My Three Years With Eisenhower The Personal Diary of Captain Harry C. Butcher, USNR (1946), candid memoir by a top aide
Eisenhower, Dwight D. (1948). Crusade in Europe, his war memoirs.
Eisenhower, Dwight D. (1963). Mandate for Change, 1953–1956.CS1 maint: ref=harv (link)
Eisenhower, Dwight D. (1965). The White House Years: Waging Peace 1956–1961, Doubleday and Co.